Home » Archives for July 2014

resepi dari produk higoat...
khatyaiman | 7/16/2014 12:43:00 pm |
0 Komen
![]() |
ramai orang memang sukakan ice blended..apa kata kita try buat dari moganna coffee plak..yum..yum..yum..cepat,mudah dan jimat..hehehehe |
![]() |
sapa suka makan penkek..jom ramai2 kita cuba buat dari produk higoat..ahaks |
![]() | |
dah nak dekat raya nie,mesti ramai yang dok cari resepi nak buat kuih ngan kek..apakata kita cuba resepi nie..sama ja macam kek coklat ,tapi kita tukar dengan produk higoat..hehehe.. |
SELAMAT MENCUBA..

lagi produk higoat...
khatyaiman | 7/16/2014 12:29:00 pm |
0 Komen
![]() |
serlahkan bibir anda dengan lipstik keluaran higoat...wahh..merahnya makngah..hihihi |
![]() |
minuman roselle memang terkenal dengan pelbagai khasiatnya..HR juga telah menghasilkan minuman dari roselle,jadi sesiapa yang ingin mencuba,sila la order yer... |
![]() |
moganna coffee memang ternyata dan jelas kesedapannya..khaty dah try..urmmm..tak tau nak cakap macam mana,tapi memang superberb la...khaty jamin anda tidak akan menyesal untuk mencuba... |

Kuih Loyang
khatyaiman | 7/14/2014 10:05:00 am |
0 Komen
Cuti hujung minggu yang lalu,khaty sempatla tolong my mom buat kuih loyang @ rose.Banyak plak tempahan yang dia dapat tahun nie.Alhamdulillah,rezeki dari Allah S.W.T.Dalam dok wat keja tu dan la snap picture kot2 ada yang tak macam nak buat kuih nie...JOM .....
Selamat mencuba..
![]() | ||
Bahan nie mak khaty dah buat siap2,so tinggal buat je la.. |
![]() |
ambil sarang nya untuk di celup dalam bahan tadi |
![]() |
celup jangan sampai tutup sarang,agak2 paras jew..kalau penuh sangat nnti kuih tak boleh nak keluar dari sarang |
![]() |
ready nak goreng plak..hati2 ya , |
![]() |
celup dalam minyak jangan sampai berlaga belanga,agak2 tengah,goreng dalam seminit... |
![]() |
pastu,angkat sarang...tadaa...jadi kan... |
![]() |
beginilah hasilnya.lenguh jugak badan nak habiskan bahan bancuhan tadi... |

Lagi produk higoat
khatyaiman | 7/14/2014 09:50:00 am |
0 Komen
![]() |
testimoni dari pengguna-pengguna di luar sana |
![]() |
menjadi iklan di muka hadapan untuk paper Sinar |
![]() |
Yang ni adalah untuk kecantikan luar dan dalam... |
![]() |
banyak manfaat untuk kehidupan seharian kita.. |
![]() |
tablet ini setanding dengan tablet yang di jual di farmasi-farmasi berdekatan... |
![]() |
Serikan wajah anda dengan menggunakan kosmetik dari produk higoat |
![]() |
tampil anggun,bergaya dan kemas sentiasa.. |
contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 3
khatyaiman | 7/03/2014 04:37:00 pm |
4 Komen
Hai
semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di
lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.
Bahagian 3
Soalan 2
(a) Selepas bersara daripada perkhidmatan Kerajaan,Encik Halim berkahwin semula setelah isteri pertama beliau meninggal dunia dan melalui perkahwinan kedua tersebut beliau telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Khadijah.Selepas 16 tahun bersara daripada Perkhidmatan Awam,Encik Halim telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Jelaskan sama ada Khadijah yang pada ketika itu berumur 12 tahun layak menerima pencen arwah ayahnya. ( 10 markah )
(b) Encik Tajul seorang pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen bulanan telah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah dan telah dijatuhkan hukuman.
1) Jelaskan samada Encik Tajul masih berhak menerima pencen bulanan beliau.
( 8 markah)
2) Sekiranya Encik Tajul masih mendapat pengampunan,jelaskan samada pencen beliau boleh diberi semula dengan kuatkuasa kebelakangan ke tarikh beliau disabitkan dengan hukuman mati. ( 7 markah )
Soalan 3
Encik Affandi,seorang pengarah Syarikat Maju Jaya bercadang untuk menghadiri majlis keraian sahabat baik beliau di Bandung,Indonesia pada bulan Disember 2012.Walau bagaimanapun,beliau baru sahaja dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di bawah seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 di atas kegagalan untuk membuat caruman bulanan bagi pekerja-pekerja syarikat beliau sejak dari bulan Februari hingga Mei 2012
(a) Adakah Pengurus Besar KWSP boleh menghalang Encik Affandi daripada meninggalkan Negara?Nyatakan peraturan yang berkaitan. ( 15 markah )
(b) Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Affendi bagi membolehkan beliau menghadiri majlis keraian tersebut. ( 10 markah )
Soalan 5
(a) Encik Haris merupakan seorang Pembantu Tadbir di jabatan XYZ.Beliau telah bernikah dengan dua orang isteri secara sah.Walau bagaimanapun,pernikahan kedua beliau telah dirahsiakan daripada pengetahuan rakan taulan termasuk isteri pertama beliau.Tidak berapa lama kemudian,Encik Haris telah meninggal dunia.Akibatnya,maklumat mengenai balu kedua Encik Haris tidak disertakan dalam dokumen persaraan untuk tujuan proses pemberian faedah-faedah terbitan.Hanya setelah 3 tahun selepas itu,barulah balu kedua memohon pencen terbitan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Layakkah balu kedua Encik Haris diberi faedah-faedah terbitan dan bagaimana pula dengan pemberian faedah terbitan kepada balu pertama? ( 10 markah )
(b) Jika seandainya seorang pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tidak mempunyai isteri,anak atau ibu bapa,kepada siapakah faedah terbitan itu akan disalurkan?
( 10 markah )
(c) Akibat daripada bencana alam yang berlaku di Johor,terdapat beberpa penjawat awam yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan.Walau bagaimanapun pemprosesan faedah-faedah terbitan tidak dapat dilakukan kerana dokumen dan rekod perkhidmatan penjawat awam yang meninggal itu telah musnah.Apakah bentuk faedah atau pemberian yang boleh diberikan kepada orang tanggungan mereka? ( 8 markah )
Soalan 6
Encik Wow telah menjalakan perniagaan kraftangan atas nama MAI Enterprise sebaik sahaja ia didaftarkan di Pendaftar Perniagaan (ROB) kira-kira 6 bulan yang lalu.Perniagaan itu dibantu secara sukarela oleh Cik Cun adik Encik Wow yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan.Atas perasaan belas kasihan,Encik Wow juga telah mengupah lima orang remaja daripada sekumpulan keluarga fakir miskin di kampungnya yang berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk membantu perniagaannya selama ini.
(a) Encik Wow kini berada dalam keadaan ketakutan kerana seorang rakannya memberitahu bahawa beliau boleh didakwa di bawah Akta KWSP 1991 kerana kegagalannya memberitahu Lembaga KWSP tentang pendaftaran MAI Enterprise tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh pendaftaran MAI Enterprise itu.Adakah anda bersetuju bahawa Encik Wow telah melakukan kesalahan tersebut?Berikan justifikasi anda.
( 10 markah )
(b) Encik Wow bercadang menukar nama eniti perniagaannya daripada MAI Enterprise kepada MY Handicraft Sdn. Bhd dan mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kta Syarikat 1965.Selaras dengan itu,Encik Wow keliru sama ada beliau perlu membayar caruman bulanan KWSP bagi enam orang pembantunya iaitu Cik Cun dan lima remaja berkenaan.
Apakah nasihat anda kepada Encik Wow berhubung kekeliruannya itu?Berikan justifikasi anda. ( 15 markah )
Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 1
khatyaiman | 7/02/2014 02:24:00 pm |
3 Komen
Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.
Bahagian 1
Soalan 2
a) Proses penyedian baucer bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyedian,perakuan 1 dan perakuan 2.
Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucer ( 5 markah )
b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucer secara manual atau elektronik di Pusat Tanggungjawab,Kementerian/Jabatan Kerajaan. ( 15 markah )
Soalan 3
a) Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan,Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10.Nyatakan tindakan yang patut diambil. ( 5 markah )
b) Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah menerima satu (1) salinan KEW.PS-11.Nyatakan tindakan yang patut di ambil ( 5 markah )
c) Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat di bekalkan kepada beliau.Apakah tindakan yang patut di ambil? ( 5 markah )
d) Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di stor alatulis.Beliau mendapati sistem pengeluaran stok berkenaan tida teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran,tidak mengikut kuantiti yang dipesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan.Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini. ( 5 markah )
Soalan 4
Puan Merlissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun,telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun.Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya,beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah di tetapkan.Lantaran itu,beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Merlissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul?Berikan alasan anda ( 6 markah )
b) Jelaskan prosedur bagi meletak jawatan Puan Merlissa ( 8 markah )
c) Bilakah perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah peletakan jawatannya itu di tarik balik ( 6 markah )
Soalan 5
Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan,Pahang pada 16 hingga 19 September 2012.Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya si Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN,Putrajaya.dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dan sampai di lokasi pada jam 1.00 petang.Setelah mesyuarat tamat beliau dan peserta-peserta lain dibawa pulang dengan meniki bas dan sampai di KDN,Putrajaya pada jam 5.00 petang.Dari Putrajaya baliau menaiki teksi balik kerumah kadarnya ( di mana berkaitan) dan sampai di rumah kediaamannya pada jam 6.15 petang.
Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur
a) Jelaskan jenis-jenis alaun yang tidak layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya
( di mana berkaitan ) bagi kes di atas. ( 12 markah )
b) Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membyua tuntutan-tuntutan berikut
1) Belanja Dobi ( 3 markah)
2) Elaun PakaianPanas ( 5 markah)
Soalan 7
(a) Puan Sofea,telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari.Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut
(1) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun tersebut ( 5 markah )
(2) Pada hari ke-15 menjalankan tugas,Puan Sofea dipanggil unuk temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut?Berikan alasan anda ( 5 markah )
(b) Encik Edwarad,seorang pegawai Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun.Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan.Bagi menjaga isterinya,beliau bercadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.
Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan. ( 5 markah )
(c) Encik Arif,seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah,Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka,Encik Arif terpaksa bercuti.
Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-ayaratnya? ( 5 markah )
Soalan 8
Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012.Sebagai orang baharu,beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon oleh Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-la Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu.Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putarjaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira?Jelaskan apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima. ( 16 markah )
(b) Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas (4 markah )
Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...