lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 2 July 2014

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 1

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 1 

 Soalan 2
a) Proses penyedian baucer bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyedian,perakuan 1 dan perakuan 2.
Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucer            ( 5 markah )

b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucer secara manual atau elektronik di Pusat Tanggungjawab,Kementerian/Jabatan Kerajaan.                                                                                                             ( 15 markah )

Soalan 3
a) Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan,Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10.Nyatakan tindakan yang patut diambil.                                                                                                                 ( 5 markah )
b) Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah menerima satu (1) salinan KEW.PS-11.Nyatakan tindakan yang patut di ambil                                                                                                                     ( 5 markah )
c) Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat di bekalkan kepada beliau.Apakah tindakan yang patut di ambil?                                                                                                       ( 5 markah )
d) Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di stor alatulis.Beliau mendapati sistem pengeluaran stok berkenaan tida teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran,tidak mengikut kuantiti yang dipesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan.Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini.                                                                                                                         ( 5 markah )

Soalan 4
Puan Merlissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun,telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun.Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya,beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah di tetapkan.Lantaran itu,beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Merlissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul?Berikan alasan anda                                                      ( 6 markah )
b) Jelaskan prosedur bagi meletak jawatan Puan Merlissa                                  ( 8 markah )
c) Bilakah perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah peletakan jawatannya itu di tarik balik                                                                                                               ( 6 markah )

Soalan 5 
Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan,Pahang pada 16 hingga 19 September 2012.Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya si Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN,Putrajaya.dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dan sampai di lokasi pada jam 1.00 petang.Setelah mesyuarat tamat beliau dan peserta-peserta lain dibawa pulang dengan meniki bas dan sampai di KDN,Putrajaya pada jam 5.00 petang.Dari Putrajaya baliau menaiki teksi balik kerumah kadarnya     ( di mana berkaitan) dan sampai di rumah kediaamannya pada jam 6.15 petang.

Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur
a) Jelaskan jenis-jenis alaun yang tidak layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya
 ( di mana berkaitan ) bagi kes di atas.                                                               ( 12 markah )
b) Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membyua tuntutan-tuntutan berikut
     1) Belanja Dobi                                                                                                 ( 3 markah)
     2) Elaun PakaianPanas                                                                                    ( 5 markah)

Soalan 7
(a) Puan Sofea,telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari.Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut
(1) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun  tersebut                                                                                                     ( 5 markah )
(2) Pada hari ke-15 menjalankan tugas,Puan Sofea dipanggil unuk temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut?Berikan alasan anda                                                                              ( 5 markah )
                                                                                 
                                                                                                                                     
(b) Encik Edwarad,seorang pegawai Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun.Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan.Bagi menjaga isterinya,beliau bercadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.

Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan.                                                                                                                                                                            ( 5 markah )

(c) Encik Arif,seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah,Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka,Encik Arif terpaksa bercuti.

Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-ayaratnya?                                                                                                            ( 5 markah )
                                                                                                                 

Soalan 8
Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012.Sebagai orang baharu,beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon oleh Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-la Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu.Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putarjaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira?Jelaskan apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima.               ( 16 markah )                                                                                                                                
(b) Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas                                                                                                                        (4 markah )

Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...


2 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete
  2. mana soalan 1 bahagian 1??

    ReplyDelete