contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 3

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 3

Soalan 2
(a) Selepas bersara daripada perkhidmatan Kerajaan,Encik Halim berkahwin semula setelah isteri pertama beliau meninggal dunia dan melalui perkahwinan kedua tersebut beliau telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Khadijah.Selepas 16 tahun bersara daripada Perkhidmatan Awam,Encik Halim telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Jelaskan sama ada Khadijah yang pada ketika itu berumur 12 tahun layak menerima pencen arwah ayahnya. ( 10 markah )

(b) Encik Tajul seorang pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen bulanan telah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah dan telah dijatuhkan hukuman. 

1) Jelaskan samada Encik Tajul masih berhak menerima pencen bulanan beliau.  
( 8 markah)

2) Sekiranya Encik Tajul masih mendapat pengampunan,jelaskan samada pencen beliau boleh diberi semula dengan kuatkuasa kebelakangan ke tarikh beliau disabitkan dengan hukuman mati. ( 7 markah )

Soalan 3

Encik Affandi,seorang pengarah Syarikat Maju Jaya bercadang untuk menghadiri majlis keraian sahabat baik beliau di Bandung,Indonesia pada bulan Disember 2012.Walau bagaimanapun,beliau baru sahaja dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di bawah seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 di atas kegagalan untuk membuat caruman bulanan bagi pekerja-pekerja syarikat beliau sejak dari bulan Februari hingga Mei 2012

(a) Adakah Pengurus Besar KWSP boleh menghalang Encik Affandi daripada meninggalkan Negara?Nyatakan peraturan yang berkaitan. ( 15 markah )

(b)  Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Affendi bagi membolehkan beliau menghadiri majlis keraian tersebut. ( 10 markah )

Soalan 5

(a) Encik Haris merupakan seorang Pembantu Tadbir di jabatan XYZ.Beliau telah bernikah dengan dua orang isteri secara sah.Walau bagaimanapun,pernikahan kedua beliau telah dirahsiakan daripada pengetahuan rakan taulan termasuk isteri pertama beliau.Tidak berapa lama kemudian,Encik Haris telah meninggal dunia.Akibatnya,maklumat mengenai balu kedua Encik Haris tidak disertakan dalam dokumen persaraan untuk tujuan proses pemberian faedah-faedah terbitan.Hanya setelah 3 tahun selepas itu,barulah balu kedua memohon pencen terbitan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Layakkah balu kedua Encik Haris diberi faedah-faedah terbitan dan bagaimana pula dengan pemberian faedah terbitan kepada balu pertama? ( 10 markah )

(b) Jika seandainya seorang pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tidak mempunyai isteri,anak atau ibu bapa,kepada siapakah faedah terbitan itu akan disalurkan?
( 10 markah )

(c) Akibat daripada bencana alam yang berlaku di Johor,terdapat beberpa penjawat awam yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan.Walau bagaimanapun pemprosesan faedah-faedah terbitan tidak dapat dilakukan kerana dokumen dan rekod perkhidmatan penjawat awam yang meninggal itu telah musnah.Apakah bentuk faedah atau pemberian yang boleh diberikan kepada orang tanggungan mereka? ( 8 markah )

Soalan 6

Encik Wow telah menjalakan perniagaan kraftangan atas nama MAI Enterprise sebaik sahaja ia didaftarkan di Pendaftar Perniagaan (ROB) kira-kira 6 bulan yang lalu.Perniagaan itu dibantu secara sukarela oleh Cik Cun adik Encik Wow yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan.Atas perasaan belas kasihan,Encik Wow juga telah mengupah lima orang remaja daripada sekumpulan keluarga fakir miskin di kampungnya yang berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk membantu perniagaannya selama ini.

(a) Encik Wow kini berada dalam keadaan ketakutan kerana seorang rakannya memberitahu bahawa beliau boleh didakwa di bawah Akta KWSP 1991 kerana kegagalannya memberitahu Lembaga KWSP tentang pendaftaran MAI Enterprise tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh pendaftaran MAI Enterprise itu.Adakah anda bersetuju bahawa Encik Wow telah melakukan kesalahan tersebut?Berikan justifikasi anda.
( 10 markah )

(b) Encik Wow bercadang menukar nama eniti perniagaannya daripada MAI Enterprise kepada MY Handicraft Sdn. Bhd dan mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kta Syarikat 1965.Selaras dengan itu,Encik Wow keliru sama ada beliau perlu membayar caruman bulanan KWSP bagi enam orang pembantunya iaitu Cik Cun dan lima remaja berkenaan.
Apakah nasihat anda kepada Encik Wow berhubung kekeliruannya itu?Berikan justifikasi anda. ( 15 markah )


Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...

3 komen:

  1. Hi, khaty, mamamyja singgah sini. kalau rajin follow lah yer. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mamamyja..tq ye singgah blog khaty..oraitt..

      Delete
  2. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete