lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 4 August 2014

GARAM..betapa pentingnya dalam kehidupan seharian kita...


Informasi Tambahan-Garam

Fungsi – fungsi  Garam Kristal Himalaya
Garam mempunyai pelbagai fungsi yang penting kepada tubuh badan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada menetapkan kadar air didalam tubuh tetapi pelbagai fungsi yang berkesan untuk kesihatan secara keseluruhan. Antara fungsi-fungsi penting garam ialah:

1. Garam sangat penting dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak tetap. Terdapat tanggapan yang salah dimana garam menyebabkan tekanan darah tinggi. Sebenarnya garam penting dalam tekanan darah bersama air.

2. Garam penting untuk mengeluarkan asid yang berlebihan daripada sel-sel didalam tubuh terutama sel-sel otak.

3. Garam penting untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah, elemen yang diperlukan oleh pesakit diabetes.

4. Garam sangat penting untuk menjana tenaga hidroelektrik dalam sel-sel tubuh. Ia digunakan untuk menjana kuasa dalaman dimana tenaga diperlukan oleh sel-sel.

5. Garam penting untuk proses komunikasi dan informasi sel saraf semasa sel- sel otak bekerja, dari saat persenyawaan hingga kematian.

6. Garam penting  untuk penyerapan partikel makanan melalui saluran usus.

7. Garam penting untuk mengeluarkan lendir dan gelema, khususnya masalah asma dan cystic fibrosis.

8. Garam penting untuk melegakan masalah selesema dan resdung

9. Garam merupakan antihistamin semulajadi yang kuat.

10. Garam sangat penting untuk mencegah kekejangan otot. 

11. Garam juga penting untuk mencegah pengeluaran air liur yang berlebihan semasa tidur.Keadaan ini menunjukkan bahawa badan kekurangan garam.

12. Garam sangat penting untuk membina struktur tulang. Osteoporosis terjadi akibat kekurangan garam dan air dalam tubuh.

13. Garam dapat membantu tidur menjadi lebih nyenyak.

14. Garam merupakan unsur yang sangat diperlukan dalam merawat pesakit diabetes.

15. Garam yang diletakkan di lidah mampu menghentikan batuk kering.

16. Garam penting untuk mencegah penyakit gout dan arthritis gout. 

17. Garam penting dalam mengekalkan seksual dan libido.

18. Garam penting untuk menghalang vena varikos (urat timbul) pada peha dan kaki.

19. Garam Kristal Himalaya mengandungi 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagiannya diperlukan dalam kuantiti yang sangat kecil. Garam biasa yang dibeli di pasaran telah dikeluarkan mineral – mineral yang lain dan mengandungi unsur aditif seperti aluminium silikat untuk menjadi serbuk dan berpori. Aluminium adalah unsur yang sangat beracun dalam sistem saraf manusia dan ini sebagai salah satu punca yang menyebabkan penyakit Alzheimer.

20. 27% garam berada di bahagian tulang manusia. Osteoporosis terjadi apabila badan memerlukan lebih banyak garam dan ia di ambil dari tubuh itu sendiri. Tulang mempunyai 22% air. Ianya jelas bahawa Osteoporosis berlaku apabila badan kekurangan garam atau air atau kedua-duanya.
Nota:
Sumber diperolehi daripada  buku  “Salt Your Way to Health” yang ditulis  oleh Dr. David Brownstein

Garam
 Didalam GARAM ini, elemen elemen yang didapati adalah dalam serbuk yang mana ianya senang dilarut oleh tubuh manusia dan mudah diproses. Garam Kristal Suatu ketika dulu pernah digelar Raja Garam kerana ianya hana dihidangkan untuk RaJA sahaja.

  • Mengandungi elemen yang tertinggi di dunia dengan 84 elemen nutrient yang kita perlukan setiap hari.
  • Asli, tidak tercemar. Tanpa kesan persekitan. Daripada masa apabila dunia dalam keadaan asli. 
  •  Tidak mengandungi sebarang pencemaran daripada kesan pencemaran dipersekitarannya.
Rahsia alam semulajadi yang tersimpan sejak 250,000,000 tahun yang lalu akhirnya terbongkar Garam Himalaya adalah sumber simpanan semulajadi untuk kekuatan tenaga hayat. Garam yang istimewa ini menunggu masanya untuk menyatakan sifat semulajadinya sebagai penyimpan tenaga dengan kendungan BIO-PHOTON bagi kesihatan manusia sejagat.
Kehidupan Fisikal, Kebendaan,Biologi TELAH membentuk secara semulajadi masuk dan keluar sejak berbillion tahun daripada lautan yang disebut Lautan Purba. Sehingga di saat ini air, garam dan oksigen adalah suatu keperluan untuk penciptaan kehidupan organic.

Kristal garam bukit daripada Himalaya berasal daripada penguapan lautan purba semenjak ratusan juta tahun yang lalu. Tenaga solar, yang diperlukan untuk penciptaan ini diperangkap didalam setiap zarah daripada kristal garam ini yang dipanggil BIO-PHOTONS
Selain daripada tenaga, setiap galian didalam bumi berada didalam garam kristal ini dalam bentuk yang banyak yang mana ia menyamai dengan Jumlah galian yang terdapat didalam struktur sel kita,jika kita hendak mengambilnya dengan cara yang bijak.

Galian-galian ini tersangatlah kecil, yang mana mereka boleh diterima oleh badan kita pada paras selular: mereka adalah. Jika dilarutkan kedalam air,garam itu sangat berguna kepada kita,bersama dengan tenaga solar yang diperolehi.

Dengan mengambil sejumlah kecil dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita : sel sel tersebut akan berfungsi semula diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

EMAS PUTIH KEPADA RACUN PUTIH.
Garam yang telah ditapis termasuklah garam laut  tidak menyumbangkan secara positif apa sahaja fungsi terhadap tubuh kita. Kesan daripada proses penapisan saiz serbuk garam tersebut menjadi terlalu besar untuk diambil oleh sel badan kita. Ini juga sama seperti dalam kes garam laut dan garam bukit yang biasa. Alasan yang kukuh mengapa garam ditapis sedemikian rupa ialah kerana industri kimia memerlukan Jumlah yang sangat besar dalam bentuk garam tulin iaitu Sodium Klorida(NaCI)

Garam dapur dirumah kita adalah sisa daripada penapisan garam industri ini. Bagaimanapun tubuh badan kita mengklasifikasikan garam ini sebagai RACUN, bukan semulajadi dan akan menggunakan apa saja proses untuk mengeluarkannya.

Hidup kita mustahil tanpa garam. Tetapi garam yang kita gunakan pula membunuh kita. Daripada Emas Putih bertukar menjadi Racun Putih. Garam yang kita makan bukanlah garam asli yang mempunyai semua galian sebaliknya hanyalah Sodium Klorida.

Buah Pinggang kita, yang bertanggungjawab untuk proses ini, malangnya hanya mampu menapis lebeh kurang 7 gram tulin sehari: dan baki garam yang kita makan akan dibawa air dan dimendapkan ke dalam tisu otot, keatas tulang dan penyambung, yang akhirnya akan menyebabkan masalah lain iaitu arthritis(sakit sendi) dan rheumatism (sengal sengal).

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia , 72 dipercayai bahan paling penting dan diet yang sihat.
Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik )
Saranan Nabi SAW ialah supaya memakan sedikit garam sebelum makan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang menyatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan . Tetapi dengan ilmu metabolisme jasmani di zaman moden. Ini jelas mengesahkan bahawa nasihat Nabi SAW itu memang bijak dan tepat sesuai dengan sains moden .

Garam mengandungi 84 elemen-elemen galian terpenting. Diantaranya klorida, dan klorida dalam garam itu sahajalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklorik iaitu bahan penting untuk penghadaman. Oleh yang demikian sedikit garam dimakan sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan yang baru masuk dalam perut.
Perlu diketahui bahawa kesan yang membahayakan akibat terlalu banyak makan garam itu adalah kerana paras sodium naik tinggi .bukannnya paras klorida .Bahkan orang yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik dalam badannya.
Nabi pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.

Kelebihan garam
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari  Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

'Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.'


 http://www.hbinfo.com.my/item_details.php?articleId=21
 Terima Kasih sudi singgah ye...

No comments:

Post a Comment