karipap ayam

KARIPAP...salah satu kuih kegemaran khaty sejak kecil sampai sekarang..mesti hampa semua pon suka dan dok terbayang karipap kegemaran hampa..tambah kalau makan masa panas-panaskan..uuurrmmm...sekarang nie dah banyak jenis karipap ada,cakap ja nak makan jenis macam mana,kuar cari kat gerai-gerai mesti dapat..hahahaha..

nie hasil tepung yang telah siap diuli dan ready nak buat karipap
nie inti dia..khaty buat inti ayam ngan ubi kentang

tadaaa...dah siap,banyakkann..nie untuk tempahan yang mak khaty kena buat..

yang nie bawu untuk khaty..cantik tak khaty kelim karipap tu..
Yang dah siap goreng tak sempat plak nak snap gambaq,bab bila dah masak,terus mencekik..hahahaha..kepada yang suka makan karipap boleh p cari skarang,mungkin dah dok teringat2 kan...meh tengok kat bawah nie khaty boh bahan-bahan ngan cara-cara buat karipap versi khaty punya la.la..la..la..la..la..

Bahan-bahannya ( bahan A):-
1kg tepung gandum
3 senduk besar majerin(khaty guna brand pelangi)
air garam(ikut citarasa memasing)
air (khaty guna air ais)

INTI:-
1kg kentang
2 keping dada ayam
bawang merah/putih
serbuk gulai ayam
sudu gula (ikut citarasa memasing)
garam(ikut citarasa memasing)
minyak

cara-caranya:-
uli  bahan A sampai jadi doh yang sempurna..pastu rehatkan sekejap.
Panaskan minyak,tumiskan bawang,pastu masukkan serbuk gulai..tggu sampai pecah minyak masukkan ayam dan kentang serentak..pastu masukkan gula dan garam sehingga dapat rasa yang anda suka..masak sampai kentang tu empuk..tutup api,angkat dan bagi sejuk..pastu boleh la start buat karipap..

SELAMAT MENCUBA...

0 komen:

Post a Comment