lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 24 July 2014

10:35:00

kenapa perlu makan buah sebelum makan??

Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.

"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), d
an daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)

Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, i dah jumpa dah...

Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.

Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.

Buah bukan pencuci mulut tetapi sebagai pembuka hidangan..


sumber :http://drsyuha.blogspot.com/2011/11/kenapa-perlu-makan-buah-sebelum-makan.html

Monday, 21 July 2014

Thursday, 17 July 2014

10:38:00

kuih bahulu



Hai semua..dah nak dekat2 raya nie,macam kuih dok mai..ada yang order,ada yang nak buat sendiri(handmade katanya)ada yang tengok saja..hehehe..so,dalam banyak2 kuih,khaty nak sangat buat bahulu,ya la bukan apa,anak2 ngan khaty suka makan..kalau buat sendiri boleh buat macam perisa kan..so,mai tengok hasil khaty mencuba kuih bahulu..resepi di ambil dari mak khaty yang memang otai la bab2 kuih muih tradisional..jom kita buat kuih bahulu:-
 bahan yang kena ada,khaty try buat ckit dulu,takut nanti tak jadi,bazir plak nak buang kan..5 biji telur gred A,gula 300gm,tepung gandum 300gm,pastu perisa pisang dan pewarna tambahan(ikut suka) n coklat rise(saja nak tambah)
 pastu,nie acuan bahulu,kena sapu minyak dulu kat keliling corak tu,lau tak nanti melekat la tak boleh nak keluarkan bahulu yang dah masak..
 ok,masuk telur ngan gula,blend sampai betul2 kembang,nak tau macam mana dia dah kembang atau naik,senang ja,ambil jari telunjuk calit kat adunan ckit,pastu tenyeh ngan ibu jari,kalau rasa macam lembut tanpa rasa kasar gula,kira ok la tu..tapi lama gak kena blend,lau buat cincai nantu bahulu ta jadi..kalau ikut orang tua2 dua depa timbuk pakai penimbuk bahulu...mana la nak sempat timbuk kan,hehehehe
 start blend,asanya dalam 1/2 jam gak la..tapi lau nak cantik lagi,pas blen mak khaty kata kena timbuk gak...
 tadaa..dah jadi cantik macam nie la bila adunan dah kembang elok..masa kacau mesti rasa ringan macam kapas..
ok,tepung gandum kena sangai atau goreng tanpa minyak..sekejap ja,ambik tapak tangan letak atas tepung,kalau dah rasa macam suam2 tu kira dah boleh angkat dan ayak terus..

 haaa,nie khaty dah campur tepung ngan adunan tadi,khaty try warna pink dulu..campur agak adunan tu kalau angkat jatuh macam bertali ja...hati2 ya,tepung jangan banyak sangat,nanti keras plak kuih..
 pastu,letak dalam acuan yang dah di sapu minyak,sblm tu panaskan dulu acuan dalam oven sekejap,
 pastu,masuk dalam oven ,panaskan oven dalam suhu 200darjah celcius..bakar kira2 1o hingga 15 minit,tak pun sampai nampak kekuningan..boleh la angkat..

 tengok,dah naik elok dalam oven..yeah..(syok dah bab nampak macam dah menjadi)
 haah..inilah hasilnya..cantik tak,rasa pon ok.. anak2 khaty pon suka makan masa panas2..(kembang ja bila anak2 cakap 'sedanya mak buat')


 nie pon sama,cuma warna ja lain..rasa seronok bab dah makin menjadi plak..



 yang nie khaty saja campur ngan coklat rise,alhamdulillah menjadi,tapi acuna kena cuci plak bab macam kotor ckit bab coklat rise macam melekat kat acuan..tapi tak pa,yang penting sedapp...

  inilah hasilnya..puas hati sangat bab dapat macam warna..

Walaupun penat,tapi bila tengok hasil yang dapat tu,memang puas hati n lega sangat2 bab cubaan pertama agak menjadi..so,kena berusaha untuk buat lagi elok la pas nie..

SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, 16 July 2014

12:43:00

resepi dari produk higoat...

ramai orang memang sukakan ice blended..apa kata kita try buat dari moganna coffee plak..yum..yum..yum..cepat,mudah dan jimat..hehehehe

sapa suka makan penkek..jom ramai2 kita cuba buat dari produk higoat..ahaks

dah nak dekat raya nie,mesti ramai yang dok cari resepi nak buat kuih ngan kek..apakata kita cuba resepi nie..sama ja macam kek coklat ,tapi kita tukar dengan produk higoat..hehehe.. 
sendiri buat,sendiri komen..kalau sedap bagi rasa kat kawan2..hehehe
SELAMAT MENCUBA..
12:29:00

lagi produk higoat...

serlahkan bibir anda dengan lipstik keluaran higoat...wahh..merahnya makngah..hihihi

minuman roselle memang terkenal dengan pelbagai khasiatnya..HR juga telah menghasilkan minuman dari roselle,jadi sesiapa yang ingin mencuba,sila la order yer...

moganna coffee memang ternyata dan jelas kesedapannya..khaty dah try..urmmm..tak tau nak cakap macam mana,tapi memang superberb la...khaty jamin anda tidak akan menyesal untuk mencuba...

Monday, 14 July 2014

10:05:00

Kuih Loyang

Cuti hujung minggu yang lalu,khaty sempatla tolong my mom buat kuih loyang @ rose.Banyak plak tempahan yang dia dapat tahun nie.Alhamdulillah,rezeki dari Allah S.W.T.Dalam dok wat keja tu dan la snap picture kot2 ada yang tak macam nak buat kuih nie...JOM .....
Bahan nie mak khaty dah buat siap2,so tinggal buat je la..



ambil sarang nya untuk di celup dalam bahan tadi

celup jangan sampai tutup sarang,agak2 paras jew..kalau penuh sangat nnti kuih tak boleh nak keluar dari sarang

ready nak goreng plak..hati2 ya ,

celup dalam minyak jangan sampai berlaga belanga,agak2 tengah,goreng dalam seminit...

pastu,angkat sarang...tadaa...jadi kan...
beginilah hasilnya.lenguh jugak badan nak habiskan bahan bancuhan tadi...
Selamat mencuba..
09:50:00

Lagi produk higoat

testimoni dari pengguna-pengguna di luar sana

menjadi iklan di muka hadapan untuk paper Sinar

Yang ni adalah untuk kecantikan luar dan dalam...


banyak manfaat untuk kehidupan seharian kita..


tablet ini setanding dengan tablet yang di jual di farmasi-farmasi berdekatan...

Serikan wajah anda dengan menggunakan kosmetik dari produk higoat

tampil anggun,bergaya dan kemas sentiasa..

Thursday, 3 July 2014

16:37:00

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 3

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 3

Soalan 2
(a) Selepas bersara daripada perkhidmatan Kerajaan,Encik Halim berkahwin semula setelah isteri pertama beliau meninggal dunia dan melalui perkahwinan kedua tersebut beliau telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Khadijah.Selepas 16 tahun bersara daripada Perkhidmatan Awam,Encik Halim telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Jelaskan sama ada Khadijah yang pada ketika itu berumur 12 tahun layak menerima pencen arwah ayahnya. ( 10 markah )

(b) Encik Tajul seorang pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen bulanan telah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah dan telah dijatuhkan hukuman. 

1) Jelaskan samada Encik Tajul masih berhak menerima pencen bulanan beliau.  
( 8 markah)

2) Sekiranya Encik Tajul masih mendapat pengampunan,jelaskan samada pencen beliau boleh diberi semula dengan kuatkuasa kebelakangan ke tarikh beliau disabitkan dengan hukuman mati. ( 7 markah )

Soalan 3

Encik Affandi,seorang pengarah Syarikat Maju Jaya bercadang untuk menghadiri majlis keraian sahabat baik beliau di Bandung,Indonesia pada bulan Disember 2012.Walau bagaimanapun,beliau baru sahaja dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di bawah seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 di atas kegagalan untuk membuat caruman bulanan bagi pekerja-pekerja syarikat beliau sejak dari bulan Februari hingga Mei 2012

(a) Adakah Pengurus Besar KWSP boleh menghalang Encik Affandi daripada meninggalkan Negara?Nyatakan peraturan yang berkaitan. ( 15 markah )

(b)  Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Affendi bagi membolehkan beliau menghadiri majlis keraian tersebut. ( 10 markah )

Soalan 5

(a) Encik Haris merupakan seorang Pembantu Tadbir di jabatan XYZ.Beliau telah bernikah dengan dua orang isteri secara sah.Walau bagaimanapun,pernikahan kedua beliau telah dirahsiakan daripada pengetahuan rakan taulan termasuk isteri pertama beliau.Tidak berapa lama kemudian,Encik Haris telah meninggal dunia.Akibatnya,maklumat mengenai balu kedua Encik Haris tidak disertakan dalam dokumen persaraan untuk tujuan proses pemberian faedah-faedah terbitan.Hanya setelah 3 tahun selepas itu,barulah balu kedua memohon pencen terbitan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Layakkah balu kedua Encik Haris diberi faedah-faedah terbitan dan bagaimana pula dengan pemberian faedah terbitan kepada balu pertama? ( 10 markah )

(b) Jika seandainya seorang pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tidak mempunyai isteri,anak atau ibu bapa,kepada siapakah faedah terbitan itu akan disalurkan?
( 10 markah )

(c) Akibat daripada bencana alam yang berlaku di Johor,terdapat beberpa penjawat awam yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan.Walau bagaimanapun pemprosesan faedah-faedah terbitan tidak dapat dilakukan kerana dokumen dan rekod perkhidmatan penjawat awam yang meninggal itu telah musnah.Apakah bentuk faedah atau pemberian yang boleh diberikan kepada orang tanggungan mereka? ( 8 markah )

Soalan 6

Encik Wow telah menjalakan perniagaan kraftangan atas nama MAI Enterprise sebaik sahaja ia didaftarkan di Pendaftar Perniagaan (ROB) kira-kira 6 bulan yang lalu.Perniagaan itu dibantu secara sukarela oleh Cik Cun adik Encik Wow yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan.Atas perasaan belas kasihan,Encik Wow juga telah mengupah lima orang remaja daripada sekumpulan keluarga fakir miskin di kampungnya yang berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk membantu perniagaannya selama ini.

(a) Encik Wow kini berada dalam keadaan ketakutan kerana seorang rakannya memberitahu bahawa beliau boleh didakwa di bawah Akta KWSP 1991 kerana kegagalannya memberitahu Lembaga KWSP tentang pendaftaran MAI Enterprise tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh pendaftaran MAI Enterprise itu.Adakah anda bersetuju bahawa Encik Wow telah melakukan kesalahan tersebut?Berikan justifikasi anda.
( 10 markah )

(b) Encik Wow bercadang menukar nama eniti perniagaannya daripada MAI Enterprise kepada MY Handicraft Sdn. Bhd dan mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kta Syarikat 1965.Selaras dengan itu,Encik Wow keliru sama ada beliau perlu membayar caruman bulanan KWSP bagi enam orang pembantunya iaitu Cik Cun dan lima remaja berkenaan.
Apakah nasihat anda kepada Encik Wow berhubung kekeliruannya itu?Berikan justifikasi anda. ( 15 markah )


Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...

Wednesday, 2 July 2014

14:24:00

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 1

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 1 

 Soalan 2
a) Proses penyedian baucer bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyedian,perakuan 1 dan perakuan 2.
Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucer            ( 5 markah )

b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucer secara manual atau elektronik di Pusat Tanggungjawab,Kementerian/Jabatan Kerajaan.                                                                                                             ( 15 markah )

Soalan 3
a) Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan,Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10.Nyatakan tindakan yang patut diambil.                                                                                                                 ( 5 markah )
b) Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah menerima satu (1) salinan KEW.PS-11.Nyatakan tindakan yang patut di ambil                                                                                                                     ( 5 markah )
c) Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat di bekalkan kepada beliau.Apakah tindakan yang patut di ambil?                                                                                                       ( 5 markah )
d) Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di stor alatulis.Beliau mendapati sistem pengeluaran stok berkenaan tida teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran,tidak mengikut kuantiti yang dipesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan.Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini.                                                                                                                         ( 5 markah )

Soalan 4
Puan Merlissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun,telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun.Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya,beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah di tetapkan.Lantaran itu,beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Merlissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul?Berikan alasan anda                                                      ( 6 markah )
b) Jelaskan prosedur bagi meletak jawatan Puan Merlissa                                  ( 8 markah )
c) Bilakah perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah peletakan jawatannya itu di tarik balik                                                                                                               ( 6 markah )

Soalan 5 
Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan,Pahang pada 16 hingga 19 September 2012.Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya si Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN,Putrajaya.dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dan sampai di lokasi pada jam 1.00 petang.Setelah mesyuarat tamat beliau dan peserta-peserta lain dibawa pulang dengan meniki bas dan sampai di KDN,Putrajaya pada jam 5.00 petang.Dari Putrajaya baliau menaiki teksi balik kerumah kadarnya     ( di mana berkaitan) dan sampai di rumah kediaamannya pada jam 6.15 petang.

Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur
a) Jelaskan jenis-jenis alaun yang tidak layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya
 ( di mana berkaitan ) bagi kes di atas.                                                               ( 12 markah )
b) Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membyua tuntutan-tuntutan berikut
     1) Belanja Dobi                                                                                                 ( 3 markah)
     2) Elaun PakaianPanas                                                                                    ( 5 markah)

Soalan 7
(a) Puan Sofea,telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari.Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut
(1) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun  tersebut                                                                                                     ( 5 markah )
(2) Pada hari ke-15 menjalankan tugas,Puan Sofea dipanggil unuk temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut?Berikan alasan anda                                                                              ( 5 markah )
                                                                                 
                                                                                                                                     
(b) Encik Edwarad,seorang pegawai Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun.Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan.Bagi menjaga isterinya,beliau bercadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.

Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan.                                                                                                                                                                            ( 5 markah )

(c) Encik Arif,seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah,Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka,Encik Arif terpaksa bercuti.

Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-ayaratnya?                                                                                                            ( 5 markah )
                                                                                                                 

Soalan 8
Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012.Sebagai orang baharu,beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon oleh Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-la Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu.Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putarjaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira?Jelaskan apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima.               ( 16 markah )                                                                                                                                
(b) Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas                                                                                                                        (4 markah )

Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks...