hilangkan batuk secara tradisional

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua,pernah tak korang dengar satu pokok nie yang di namakan pokok RUKU ataupun Pokok tulasi.Sebenaqnya khaty pertama kali tahu dan tengok pokok nie..Bukan apa,baru-baru nie khaty ada bawa adik pegi umah bidan dekat area Kampung Ulu Tawar.Mak bidan tue memang tanam pokok RUKU nie,kata dia boleh buat ubat batuk..betul ka??mak bidan tu bagitau,cara yang selalu dia buat macam nie,ambik 2 hingga 4 helai daun,letak pada tapak tangan,letak air sikit saja,dan tenyeh(bahasa utara) gosok sampai keluar macam air daun tue,lepas tu sapu kat bahagian leher,insyaAllah,kalau kerap buat batuk pun hilang..bagus kan,tidak perlu lagi beli ubat batuk cap ibu dan anak..hehehehe

macam ini lah rupa pokok tersebut..



Dan rupa-rupanya banyak lagi khasiat pokok RUKU,diantaranya:- 

1.Daunnya dipercayai mempunyai khssiat sebagai tonik saraf, dan membantu menguatkan memori.
2. Membantu mengeluarkan lendir-lendir atau hingus atau gelema dari bahagian salur pernafasan
3.Daunnya membantu menguatkan dinding perut dan membantu mencetuskan peluh.
4.Pucuk ruku-ruku yang muda boleh di rebus bersama daun teh ,diminum air , boleh bertindak mengawal demam.
5. Jus daun ruku--ruku juga boleh membantu suhu badan kanak-kanak yang demam
6. Mengawal batuk di kalangan kanak-kanak. Daunnya, jika dikunyah boleh melegakan selsema
7. Jika sakit kerongkong, minum air rebusan daun ruku-ruku. Air ni juga boleh digunakan untuk kumur.
8. Rebus daun ruku-ruku bersama bunga cengkeh, garam dalam setengah liter air. Biarkan sehingga tinggal separuh. Meminum air rebusan ini boleh melegakan selsema
9. Melegakan batu karang! Sekiranya kita mengamalkan meminum jus atau perahan daun ruku-ruku dengan madu lebah secara berterusan selama 6 bulan, ia boleh membantu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.
10. Mengambil daun ruku-ruku secara berkala dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
11. Mengunyah sehingga 12 helai daun ruku-ruku sehari dapat mengurangkan stres. Ia membantu mencuci darah
12. Ulser atau radang dalam mulut dapat di kurangkan dengan mengunyah beberapa helai daun ruku-ruku sehingga sembuh.
13. Daunnya boleh di pupuk untuk menghilangkan gatal sengatan serangga dan juga pacat
14. Ia juga dapat melegakan kurap serta panau

kredit:-munahamzan

 

Luahkan apa saja,yang penting enjoy 

18 komen:

  1. Ish. tak pernah jumpa pokok ni. mana nak cari yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. khaty pon kebetulan pegi umah bidan,kalau tak macam ijoy juga tak tahu mn nak cari

      Delete
  2. first time tgk pokok ni..peliknye name..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la,orang dulu2 bagi nama memang pelikkan

      Delete
  3. Nice info.. Pnh tgk je.. Tak tahu pula khasiatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. khaty pon baru tahu banyak khasiat dari pokok nie

      Delete
  4. Daun ruku?? Tak pernah dgr ni.. Nk kena google2 cr khasiat die.. Nice sharing..

    ReplyDelete
  5. Nice blog khaty and nice info too. Hope we can be friends .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm..insyaAllah,semua blogger kat sini kebanyakkan memang dah jadi kawan pon

      Delete
  6. First time dgr ttg daun ruku ni, Khaty. Thanks ye kongsi info bagus ni :)

    ReplyDelete
  7. kebetulan tengah batuk sekarang nih.. tapi mana nak cari daun nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian mamamyja,macam nak bagi ya,jauh..

      Delete
  8. Walaupun saya dok di kampung tapi saya tak pernah dengar nama pokok tu. Hmmmm :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa,khaty pon 1st time dengar dan tengok..

      Delete
  9. Utk bdk jecik boleh ke amalkan petua ni? Bkn ape, opismate sheila ank die kerap batuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk semua peringkat umur boleh sebab ia di gunakan kat bahagian luar kulit..jangan risau ya..
      Sheila,lagi satu kalau kerap batuk,ambik ubat batuk makan sikit-sikit ja,bila nak batuk atau dah batuk,ada member amal kat mak dia macam tue,alhamdulillah batuk dah kurang sangat la..jangan ambik banyak terus..ibarat kata kuman batuk tak sempat nak mai kita telan ubat batuk sikit mati kuman tue sikit2..

      Delete