March 2015 - KhatyAiman KhatyAiman: March 2015
Textual description of firstImageUrl

foodlover#sweet breakfast

khatyaiman | 3/27/2015 09:22:00 am | 14 Komen

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi jumaat yang penuh dengan berkatnya nya dan juga penghulu segala hari..pagi nie khaty breakfast manisan..kira potluck di hari jumaat

agar2 milo,agar2 asam boi  bersama lemon dan serawa ubi kayu

Sedap tak..apahal la khaty pagi2 dah makan manis2 kan..tak pa,sekali sekala..resepi belum tulis lagi,upload gambar dulu..khaty punya bahagian iaitu serawa ubi kayu..fresh dari ladang..selamat bersarapan semua..


Luahkan apa saja,yang penting enjoy..

Textual description of firstImageUrl

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 1 samb..

khatyaiman | 3/24/2015 10:30:00 am | 5 Komen


Assalamualaikum w.b.t

contoh soalan PSL n27 tahun 2014 bahagian 1 perintah am arahan perbendaharaan tatacara pengurusan stor

 

Sambungan bahagian 1

Soalan 5

Daripada semakan kewangan yang dibuat,didapati satu lebihan pembayaran telah dibuat kepada en.Hashimi berikutan urusan kenaikan pangkatnya ke gred M44.En.Hashimi telah menerima bayaran tersebut dengan suci hati.Tuntutan telah dibuat kepada beliau dan beliau memohon untuk membayar secara ansuran.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'menerima bayaran tersebut dengan suci hati' dalam pernyataan di atas? [5 markah]

  2. Bolehkah permohonan e.Hashimi di pertimbangkan? [3 markah]

  3. Jelaskan tatacara permohonan pembayaran secara ansuran tersebut ? [12 markah]

Soalan 6

a) Jabatan ZMS bercadang untuk melaksanakan pensrukturan semula organisasi.Selepas melakukan semakan,didapati 10 perjawatan di pelbagai gred yang masih kosong di jabatan ZMS.Sehubungan itu,jabatan tersebut bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut agar penstrukturan semula organisasi dapat dilaksanakn dengan lancar.

Siapakah yang boleh meluluskan perbelanjaan yang melibatkan pengisian jawatan? Jelaskan peraturan-peraturan yang tertakluk dalam hal ini. [10 markah]

b) Huraikan dua (2) kategori wang amanah di mana kerajaan tidak berhak mendapat faedah sebagai empunya dan berhak mendapat faedah sebagai empunya. [10 markah]


Soalan 7

Di antara objektif proses penerimaan adalah untuk memastikan setiap barang-barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan dan menentukan agar kualiti dan kuantiti sebenar barang yang diterima mengikut pesanan.

a) Nyatakan dokumen yang perlu di semak dan disediakan oleh Pegawai Penerima atau Pegawai Stor semasa proses penerimaan barang-barang stor dari pembekal. [ 10 markah]

 

b) Puan Hafizah,Pegawai Penerima di Jabatan Farmasi telah menerima barang-barang yang dilabelkan seperti di atas.Jelaskan tindakan penerimaan ,penyimpanan dan pengeluaran stok tersebut [ 10 markah]


Soalan 8

Encik Rahman telah disarankan untuk menguruskan stor di jabatan beliau.Semasa mengambil alih stor berkenaan beliau mendapati terdapat kesukaran dalam urusan menyimpan dan mengeluar stok.

a) Nyatakan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut [5 markah]

b) Apakah keadaan yang membenarkan Letakan Stok Tetap tidak diperatikkan? [5 markah]

c) Bagi memastikan ruang stor digunakan sepenuhnya,nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira.

[ 4 markah]

d) Jelaskan prosedur penstoran Barang-Barang Berharga Dan Menarik [ 6 markah]

1 contoh soalan PSL 2014 bahagian 1

2. contoh soalan PSL 2013 bahagian 1

3. contoh soalan PSL 2013 bahagian 2

4. contoh soalan PSL 2013 bahagian 3

5. untuk pendaftaraan peperiksaan PSL N27 2015

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

Textual description of firstImageUrl

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 1

khatyaiman | 3/20/2015 12:03:00 pm | 30 Komen

Assalamualaikum w.b.t

Kepada  mereka yang terlibat dengan peperiksaan PSL N27 (sebelum nie KPSL N27),khaty ada sedikit perkongsian soalan untuk dibaca bersama..khaty akan kongsi secara berperingkat(mana yang ada je la..ngeee)


Soalan 1

a) Jelaskan perbezaan dia antara 'kenaikan pangkat' 'pemangkuan' dan 'penanggungan kerja'   [6 markah]

b)Jelaskan aspek-aspek yang diambil kira oleh lembaga kenaikan pangkat semasa menimbang urusan kenaikan pangkat  [10 markah]

c) Puan Azlinda adalah seorang ketua Penolong Pengarah Gred M48 di Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia telah ditawarkan untuk berkhidmat secara pinjaman di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia selama dua tahun mulai 16.01.2013 sehingga 15.01.2015.Pada bulan Jun 2014,satu urusan kenaikan pangkat pegawai-pegawai M48 telah dilaksanakan dan Puan Azlinda termasukdalam senarai pegawai-pegawai yang dikenal pasti untuk dinaikan pangkat.

Adakah Puan Azlinda layak dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan asalnya walaupun beliau telah dipinjamkan untuk bertugas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia?Berikan alasan anda  [4 markah]

Soalan 2

Puan Rozita seorang Pegawai Ekonomi Gred E44 di Kementerian Pelancongan telah diarahkan  menghadiri bengkel di Terengganu mulai 26 Mac 2014 sehingga 29 Mac 2014.Beliau telah diberi kebenaran untuk membawa kereta sendiri dan Ketua Jabatannya telah mengarahkan beliau singgah di Kuantan,Pahang bagi menghadiri Majlis Penutupan  Kursus Mentor dan Menti pada 30 Mac 2014.

Puan Rozita telah memohon Pendahuluan Diri  bagi menampung perbelanjaan menghadiri tugas rasminya itu.Semasa dalam perjalanan pulang keretanya telah rosak dan beliau telah dikenakan bayaran rm450.00 bagi kos memperbaiki keretanya itu.

a) Terangkan jenis-jenis elaun yang layak dituntut oleh Puan Rozita   [8markah]

b) Huraikan syarat-syarat yang melayakkan Puan Rozita dibayar pendahuluan diri  [8 markah]

c) Jelaskan sama ada Puan Rozita layak menuntut bayaran balik sebanyak rm450.00 bagi kos  memperbaiki keretanya  [4 markah]


Soalan 3

a) Pada 27 Mac 2011 jam 6.00 petang,Encik Ahmad seorang Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 telah mendapat berita kematiannya ibunya  kerana terjatuh di bilik air akibat serangan angin ahmar (stroke).Sebagai pegawai kerajaan beliau layak diberi kemudahan cuti tertentu (khusus bagi kes seumpamanya) dengan tempoh dan syarat-syarat yang ditetapkan.

  1. Jelaskan jenis dan tempoh cuti yang Encik Ahmad layak  [2 markah]

  2. Bilakah tarikh cuti Encik Ahmad berkuatkuasa dan nyatakan syarat-syaratnya  [10 markah]

b) Encik Amir telah diluluskan untuk bercuti rehat di luar negara pada 1 januari 2014 sehingga 10 Januari 2014.Pada 9 Januari 2014 ,beliau telah jatuh sakit dan dimasukkan hospital selama 5 hari.

  1. Adakah pegawai tersebut layak mendapat cuti sakit?

  2. Jelaskan peraturan jika seorang pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara [8 markah]

Soalan 4

Encik Robert merupakan pegawai kanan di jabatan,dia didapati sering tidak hadir tanpa cuti dan tidak berada di tempat dia bertugas semasa waktu bekerja.Encik Chong,penyelia Encik Robert segan untuk menegur Encik Robert kerana Encik Robert pernah menolongnya meminjamkan wang sewaktu dia dalam kesusahan.

a)Sebagai penyelia,apakah tugas Encik Chong bagi memastikan pegawai bawahannya patuh kepada peraturan pejabat.Nyatakan rujukan berkaitan [5markah]

b) Bolehkah Encik Chong dikenakan tindakan tatatertib.Sila jelaskan [5markah]

c) Bolehkah Encik Chong meminjam wang dari Encik Robert.Jelaskan [5markah]

d) Peraturan apakah yang dirujuk sekiranya tindakan tatatertib hendak diambil terhadap Encik Robert [5 markah] 

Sambungan di entry yang seterusnya....

 Jika anda semua ada sebarang cadangan atau jawapan,boleh kongsi ya,khaty kena cuba lagi tahun nie sebab paper 1 dan paper 3 kandas..

  1. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 1

  2. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 2

  3. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 3

  4. mohon peperiksaan PSL N27 2015

    Luahkan apa saja,yang penting enjoy



Textual description of firstImageUrl

CABARAN MENULIS ENTRI DENGAN TULISAN TANGAN

khatyaiman | 3/19/2015 09:27:00 am | 17 Komen

Assalamualaikum w.b.t

klik kat sini untuk join

 Lekaih-lekaih.mai kita join cabaran menulis entry dengan tulisan tangan..rasanya kali terakhir tulis karangan panjang berjela apabila khaty mengambil peperiksaan KPSL N27...memang menguji kesabaran betul..tulisan tak la buruk sangat,tapi ok la..

Menyahut cabaran(chewah2),so khaty ada buat karangan sikit untuk di baca bersama..ngeee

Luahkan apa saja,yang penting enjoy..

Textual description of firstImageUrl

POWERGOLD-Membeli ,menyimpan dan menjual emas

khatyaiman | 3/18/2015 03:11:00 pm | 2 Komen


Assalamualaikum w.b.t

Membeli emas dengan mudah di POWERGOLD seperti menempah tiket penerbangan untuk pergi holiday..anda ingin mencuba,jalan2 kat sini 

powergold biz membeli menyimpan menjual emas dinar goldbar 1gram

Ini adalah di antara produk yang di jual di Powergold

POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan didalam industri perniagaan emas sejak lebih 10 tahun.Selain itu,POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD menghasil dan membekalkan produk dari emas untuk keperluan rakyat Malaysia. Berbekalkan pengalaman bertahun dalam industri ini, syarikat ini menjanjikan produk yang berpiawaian tinggi ketulenan, reka bentuk dan kualitinya. Syarikat ini berurusan terus dengan pelanggan secara dalam talian (online) dan melalui pengedar syarikat yang sah.

 Disebabkan kelebihan emas fizikal inilah, POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD kini menganjurkan kempen "Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga demi masa depan kita semua" bagi membuka peluang kepada orang ramai memanfaatkan emas sebagai aset simpanan berharga untuk masa depan.

 KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

 
Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak takut kenaikan harga barang (inflasi), tak takut bila duit ringgit (RM) lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb. Emas penyimpan nilai sebenar. Ia akan sentiasa bernilai sepanjang zaman dan di mana sahaja seluruh dunia. Harga emas juga semakin naik dari masa ke semasa, ini peluang anda untuk menggandakan aset demi masa depan yang lebih cerah, lihat keratan akhbar di bawah


Emas mudah ditunaikan.Memiliki emas walau apa bentuk sekalipun dapat membantu dalam keadaan kita amat memerlukan tunai.

Terdapat permintaan yang tinggi terhadap emas di mana-mana kedai emas,ArRahnu,kedai pajak,pengumpul emas dan juga individu lain.Berbanding jika pelaburan saham,bon atau aset lain seperti properti,kenderaan,yang amat memerlukan masa yang lama untuk ditunaikan.Milikilah emas sekarang sebagai aset mudah tunai..

powergold biz membeli menyimpan menjual emas dinar goldbar 1gram 

 

BUKA MINDA KITA KAWAN-KAWAN...

BERTINDAK SEKARANG!!!!Simpanlah emas walau 1g 1bulan

POWERGOLD adalah platform yang terbaik untuk BELI emas..harga terbaik berbanding pasaran..kalau dalam pelaburan emas tokey lari,dia lari dengan duit kita sekali ( bagi yang tidak jujur ya )..tapi dalam POWERGOLD ini,katalah kalaulah syarikat ditimpa masalah pun,kita tetap untuk sebab emas ditangan kita.

Kalau POWERGOLD bankrup sekali pun,apa yang nak dirisaukan,emas ditangan kita,pusing macam mana pun kita tetap untung..

 Jika korang berminat untuk beli emas walaupun cumalah sekadar beli 1 gram pada setiap bulan, bolehlah hubungi khaty yang merupakan salah seorang agen dari Powergold. Paling rendah pun, belilah SATU gram emas, baru sahaja RM179.00..murahkan,anda mampu memilikinya

Katijah Bnti Tugiman
No HP – 013-6801579 (SMS dan Whassap)
Email – kuningbaiduri@gmail.com

Instag - KHATYAIMAN1

Facebook - khatyaiman


Website promosi – http://www.taukeemas.com/khatyaiman (Untuk rujukan dan perbandingan harga emas)

Harga jualan – RM179 ( 1 gram emas)

Harga ahli/agen – RM159 ( 1 gram emas) – Kalau nak jadi ahli, boleh hubungi khaty ye..
Harga berubah mengikut harga pasaran semasa persatuan emas Malaysia -

 
powergold biz membeli menyimpan menjual emas dinar goldbar 1gram

Luahkan apa saja,yang penting enjoy..




WW#9

khatyaiman | 3/18/2015 08:00:00 am | 2 Komen

Assalamualaikum w.b.t

Kisah Yang Menarik

Mimpi seorang wali ditanah perkuburan,wali itu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu.Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yang sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri.Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orang tua tersebut

Wali : Pakcik,kenapa pakcik sedang duduk berehat dengan tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain  sedang mengais-ngais rumput di istu.

Orang tua: Jikalau kau nak jawapannya,esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar.Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ.Keesokan harinya,wali itu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut.Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.Selepas penjual daging tersebut menjual daginnya,dia sambung membaca qur'an.Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali : Assalamualiakum orang muda,saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging : Walaikumsalam,ya boleh,apakah soalan itu?

Wali : Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging : ya ada,itu ialah bapaku

Wali : Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku.Beliau tenang disana.Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging : Aku membaca Al-quran dan aku berdoa kepada Allah s.w.t.Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya,aku sedekahkannya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapannya,mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai lafaz 'Ala kulli muslimin wal muslimat,wal mukminin wal mukminat'.Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuk nya.

Pesanan : Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita,saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh.Doa seorang anak kepada orang tuanya,akan sampai kepada ibu bapanya,terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
Wallahu'alam..

Sekadar perkongsian..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

AffStat Survey 2015 Is Now Open!

khatyaiman | 3/15/2015 07:02:00 pm | 1 Komen
Textual description of firstImageUrl

Mari menjahit..

khatyaiman | 3/13/2015 03:38:00 pm | 13 Komen

Assalamualaikum w.b.t

belajar menjahit baju kurung moden pahang buku persiapan baju melayu

Mengambil inspirasi dan semangat dari blogger terkenal mamaniza yang sekarang tengah semangat menjahit,timbul rasa keinginan yang sangat-sangat untuk kembali memasuki dunia jahitan..khaty sememangnya boleh manjahit,tetapi tidak mempunyai asas dalam jahitan..kata orang jahit ikut dan saja..sebagai permulaan,khaty akan menghadiri kelas jahitan di kampung lain daerah,yang dikenakan yuran yang sangat murah..pendaftaran rm15.00,kelas dari jam 10.00pg hingga 5.00 petang dari hari ahad hingga khamis..setiap kali pembelajaran dikenakan sebanyak rm1.00..khaty hanya berkesempatan belajar satu hari sahaja,iaitu hari ahad..

Buku belajar bukan main kan..bukan apa,semangat nak belajar..semoga khaty berjaya..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

Textual description of firstImageUrl

foodlover#late breakfast

khatyaiman | 3/13/2015 12:28:00 pm | 6 Komen

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama khaty tak update blog,sarang penuh sampai tak larat nak sapu..sapu peluh kat dahi jap..ngee,,

keja banyak,sarapan pon lambat..hahaha..

Heavy breakfast ulz..spagethi tue member khaty yang buat..dapatkan resepi di sini..kek tue nak habaq ja,khaty la buat..hahaha..kami kat office kalau mai ja hari jumaat suka buat masak-masak macam ini..nak resepi kek tu,boleh tengok di sini..biasalah,pagi tanpa coffe memang tidak lengkap..special coffe dari higoat..spyrhu coffee..

ok,jom nak BW dulu,dah lama tak melawat rumah kawan-kawan nie,nanti ada yang khaty sombong,maaf ya..


Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com