lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 24 March 2015

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 1 samb..


Assalamualaikum w.b.t

contoh soalan PSL n27 tahun 2014 bahagian 1 perintah am arahan perbendaharaan tatacara pengurusan stor

 

Sambungan bahagian 1

Soalan 5

Daripada semakan kewangan yang dibuat,didapati satu lebihan pembayaran telah dibuat kepada en.Hashimi berikutan urusan kenaikan pangkatnya ke gred M44.En.Hashimi telah menerima bayaran tersebut dengan suci hati.Tuntutan telah dibuat kepada beliau dan beliau memohon untuk membayar secara ansuran.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'menerima bayaran tersebut dengan suci hati' dalam pernyataan di atas? [5 markah]

  2. Bolehkah permohonan e.Hashimi di pertimbangkan? [3 markah]

  3. Jelaskan tatacara permohonan pembayaran secara ansuran tersebut ? [12 markah]

Soalan 6

a) Jabatan ZMS bercadang untuk melaksanakan pensrukturan semula organisasi.Selepas melakukan semakan,didapati 10 perjawatan di pelbagai gred yang masih kosong di jabatan ZMS.Sehubungan itu,jabatan tersebut bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut agar penstrukturan semula organisasi dapat dilaksanakn dengan lancar.

Siapakah yang boleh meluluskan perbelanjaan yang melibatkan pengisian jawatan? Jelaskan peraturan-peraturan yang tertakluk dalam hal ini. [10 markah]

b) Huraikan dua (2) kategori wang amanah di mana kerajaan tidak berhak mendapat faedah sebagai empunya dan berhak mendapat faedah sebagai empunya. [10 markah]


Soalan 7

Di antara objektif proses penerimaan adalah untuk memastikan setiap barang-barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan dan menentukan agar kualiti dan kuantiti sebenar barang yang diterima mengikut pesanan.

a) Nyatakan dokumen yang perlu di semak dan disediakan oleh Pegawai Penerima atau Pegawai Stor semasa proses penerimaan barang-barang stor dari pembekal. [ 10 markah]

 

b) Puan Hafizah,Pegawai Penerima di Jabatan Farmasi telah menerima barang-barang yang dilabelkan seperti di atas.Jelaskan tindakan penerimaan ,penyimpanan dan pengeluaran stok tersebut [ 10 markah]


Soalan 8

Encik Rahman telah disarankan untuk menguruskan stor di jabatan beliau.Semasa mengambil alih stor berkenaan beliau mendapati terdapat kesukaran dalam urusan menyimpan dan mengeluar stok.

a) Nyatakan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut [5 markah]

b) Apakah keadaan yang membenarkan Letakan Stok Tetap tidak diperatikkan? [5 markah]

c) Bagi memastikan ruang stor digunakan sepenuhnya,nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira.

[ 4 markah]

d) Jelaskan prosedur penstoran Barang-Barang Berharga Dan Menarik [ 6 markah]

1 contoh soalan PSL 2014 bahagian 1

2. contoh soalan PSL 2013 bahagian 1

3. contoh soalan PSL 2013 bahagian 2

4. contoh soalan PSL 2013 bahagian 3

5. untuk pendaftaraan peperiksaan PSL N27 2015

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

5 comments:

  1. Tak ada soalan objektif ke, Khaty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua subjektif farrra..memerlukan kesabaran untuk menjawab

      Delete
  2. Replies
    1. memang cita2..tak kesampaian..kira ok la jadi cikgu alam maya nie..

      Delete
  3. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete