lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 18 March 2015

WW#9

Assalamualaikum w.b.t

Kisah Yang Menarik

Mimpi seorang wali ditanah perkuburan,wali itu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu.Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yang sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri.Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orang tua tersebut

Wali : Pakcik,kenapa pakcik sedang duduk berehat dengan tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain  sedang mengais-ngais rumput di istu.

Orang tua: Jikalau kau nak jawapannya,esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar.Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ.Keesokan harinya,wali itu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut.Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.Selepas penjual daging tersebut menjual daginnya,dia sambung membaca qur'an.Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali : Assalamualiakum orang muda,saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging : Walaikumsalam,ya boleh,apakah soalan itu?

Wali : Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging : ya ada,itu ialah bapaku

Wali : Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku.Beliau tenang disana.Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging : Aku membaca Al-quran dan aku berdoa kepada Allah s.w.t.Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya,aku sedekahkannya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapannya,mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai lafaz 'Ala kulli muslimin wal muslimat,wal mukminin wal mukminat'.Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuk nya.

Pesanan : Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita,saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh.Doa seorang anak kepada orang tuanya,akan sampai kepada ibu bapanya,terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
Wallahu'alam..

Sekadar perkongsian..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

2 comments: