foodlover#coklat cheese kek kukus
Assalamualaikum w.b.t
Resepi coklat cheese kek kukus
Bahagia nya rasa bila hari jumaat buat potluck..bukan apa,boleh rasa macam2 masakan.ingat sikit,tapi banyak..sebelum nie jenis manisan gitu,hari nie upgrade sikit..coklat cheese kek kukus khaty persembahkan kepada anda semua..

|
coklat cheese kek
|
|
Bahan-bahan kek
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula caaster
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1cwn serbuk koko*
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk soda bikarbonat*
1 sdk vanila esen
Bahan-bahan cheese
250g cheese tatura
1 biji telur gred A
1 sdb tepung gandum
2 sdb air
1 sdk esen vanila
caranya
mixer telur dan gula sehingga kembang
kemudian masukkan cheese,tepung dan air mixer sehingga sebati
Cara membuat kek
ayak bahan-bahan yang bertanda (*),kemudian ketepikan
mixer telur dan gula sehingga kembang dan gebu
campurkan susu pekat dan mixer sehingga sebati
masukkan pula susu cair,esen vanila dan minyak mixer hingga semua sebati
kemudian campurkan bahan-bahan tersebut dengan bahan yang sudah diayak tadi
guna kaedah kaup balik jek sehingga sekata.
setelah sebati,masukkan separuh adunan ke dalam bekas dan kukus selama 10 minit
kemudian diselang pula dengan adunan cheese dan kukus selama 10 minit dan akhirnya masukkan lebihan adunan coklat tadi dan kukus lebih kurang 20-30 minit atau sampai masak
[jika ingin lapisan coklat dan cheese lebih banyak terpulang,cuma perlu ulang setiap 10 minit selepas dikukus]
Selamat mencuba
Luahkan apa saja,yang penting enjoy
sedap ni !
ReplyDeleteCN..try buat..
ReplyDeletecantik rupa kek awak
ReplyDeletecantik ka,belum rasa tue,sedap ke tidak..ngee
Deletesedapnye... sekarang ni teringin nak cuba macam2 kek kukus sebab rumah xde oven. Masalahnya mixer pun saya xde... klo guna blender aci x? Heheeh
ReplyDeleteDK..kalau nak buat kek tak berapa sesuai nak guna blend,takut nanti hangit..khaty dah try..kena guna mixer jugak,bawu tekstur nya cantik macam gini..khaty pun dah start cari resepi yang kukus,oven tak berapa elok kat umah..asyik blackout ja bila guna...
Deleteterliur kak ^^
ReplyDeleteAmpun saya.. nani muah..
Deletesemua yg berkukus sedap.. nak pujuk mak beli pengukus la..huhuhu
ReplyDeleteYeay..nanti dah ada pengukus boleh la try..seronoknya kalau ramai yang mencuba dan berjaya
Deleteperrgghhh...!! tebal nampaknya lapisan cheese tu... haaaiiihhh.. gerammmmm nyaa...!! dapat sepotong pun jadilah Kathy.. pos sini sket... :)
ReplyDeletehahaha..acana nak post tue..kek yang besar pun mampu pos pic kat cnie ja..
Deletekak khaty kejammmm! haha
ReplyDeletehahahahahaa... kejam kan...kan...!! ;p
Deletehahaha..kc cayunk..tak mo macam tue..ngee
Deleteterliuqqqq tau haha
DeleteHuuu... sedapnya! Terliur sudah :P
ReplyDeleteAyu,apa lagi,cepat2 buat..senang dan cepat ja yu..
DeleteWah! Bestnya.. Senang la kalau boleh kukus cani sebab kat umah takde oven.. Hubby lak suka kek coklat.. Boleh la try ni nanti.. Tq khaty for sharing resepi.. Nyum2! ^__^
ReplyDeleteRosmizaAli.Com™
Most welcome ros..senang hati khaty kalau ramai yang try dan berjaya..good luck ros..
DeleteYa Allah.. Ya Allah.. dugaan apa ni ? apa yang menggoda sangat ni.. apaaaa.. aaaargh..
ReplyDeletehuhuhu..ampun kan saya SYM..sungguh tidak sengaja membuatkan anda tidak keruan..
Deleteahahaha saja je CT drama sikit =P
Deleteerm Khaty sedapnya, pandai-pandai masaklah adik2 EFG kak ana ni :)
ReplyDeletek.ana,jom belajar buat sekali..ngee..love n muah EFG
Deletesedapnyer sis...
ReplyDeleteSis,try la sis,mesti anak2 sis suka,anak khaty pandai,makan yang cheese aja,yang coklat tinggal..jenuh khaty nak habiskan kek coklat tanpa cheese tue
Deletekak khaty sedapnyerr!!! mintak izin copy resepi boleh???
ReplyDeleteDipersilakan AK..tiada halangan,bertambah lah ilmu jika ada yang sudi menerimanya..good luck..dah berjaya,cuba pos dan maklum,boleh la kita sambil2 jenjalan umah AK
Deletekena try nih..
ReplyDeleteanda mesti cuba..tak rugi sha,nanti mesti nak buat dan buat lagi
DeleteSedapnya...
ReplyDeleteMaria..try la,mesti lagi puas hati boleh makan banyak2..
Deletekathy!! sedap dan nampak elok je kek tu jadinya!! nanti nk cuba try hehehehhe
ReplyDeleteSalam Ramadhan n Syawal
ReplyDeletewww.azlindaalin.com