foodlover#kerabu ayam

Assalamualaikum w.b.t


Kerabu ayam Thai

Beberapa hari yang lalu,member pejabat khaty bangsa siam telah membuat satu resepi yang amat ringkas dan bagus juga untuk yang sedang berdiet..hehehe..tak payah goreng pu,cuma masak,rebus dan gaul2 ja..ada sayur2 segar


resepi kerabu ayam thailand
kerabu ayam

Bahan-bahannya :-
2 ketul Dada ayam  [direbus sehingga lembut ]
4 ketul sosej blackpaper  [stimkan ]
1 biji lobak merah  [ dihiris halu memanjang ]
1 biji bawang holland  [dihiris halus ]
2 biji tomato  [di hiris halus memanjang ]
2 paket kecil su'un  [rendam dan toskan ]
20 biji cili padi merah dan hijau  [ dipotong halus ]
sedikit daun ketumbar siam

kuah kerabu:-
*1 senduk besar sos nampla
*1/2 ketul gula kabung
*3 biji limau nipis
[ * masakkan di atas api sehingga mendidih ]

caranya :-
ambil kuah yang telah dimasak,tuang didalam bekas
masukkan dada ayam yang telah di racik halus
masukkan sosej yang telah di potong serong
masukkan lobak,tomato,bawang holland,cili padi serta su'un tadi dan gaulkan semua sehingga sebati
akhir sekali daun ketumbar siam untuk hiasan...
kerabu biar ada rasa masam,masin ,manis dan pedas,,,

Memang sedap,tak perlu makan dengan nasi,boleh diratah begitu sahaja..seronok khaty bila ada member pejabat yang suka masak macam khaty..

Selamat mencuba

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

11 komen:

  1. lapar kak khaty...ok nak pergi cari sekarang kerabu thai..hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh mcam best . tp x berapa nk mkan sgt kerabu . hehee

    ReplyDelete
  3. salam kenal..

    boleh cuba dibuat ni..

    ReplyDelete
  4. saya memang suka masakan-masakan ni..asalkan bukan saya tukang kena masaknye lah

    ReplyDelete
  5. Mak aikkk kecur ayaq liur nengoknya... macam kene try buat nie...

    ReplyDelete
  6. mesti sedap ni khaty.. ala ala mcm kerabu kaki ayam gak bahan nya tu....

    ReplyDelete