lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Saturday, 16 May 2015

Kenangan indah kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t

Kenangan paling terbaik di zaman kanak-kanak

kenangan paling terbaik di zaman kanak-kanak

Melihat anak-anak yang sedang embesar,kadang-kadang bila terlalu leka terimbau la kenangan masa kecik-kecik dahulu.Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah terjadi
Rugi kalau tidak tengok
1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain  beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.  Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.
9.  Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28.anda mesti tgh senyum.sorang.bila anda baca memori kat atas ni...   ada buat sume ini..  saya tahu anda mesti pernah buat..wlaupn 1.. hihihi.. zaman budak2 kenangan yang tidak akan kembali kembali..senyuman kanak-kanak sangat jujur dan paling asli sehingga sekarang..cuba suruh anak anda senyum..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy


3 comments:

  1. Heheheh mengekek saya ketawa pagi2 baqca entri Khaty ni.
    Betul. Dulu masa kecik memang ingat bulan ikut kita. Paling sedih kalau tertelan biji buah, risau betul saya pokok tumbuh dalam perut :)

    ReplyDelete
  2. Yang no. 4 tu saya tak leh buat, Khaty. Sebab sejak kecil saya spesies bulat. Failed bab menyamar sebab penampilan diri sungguh significant hehehe

    ReplyDelete