Assalamualaikum w.b.t
..Cerita Pisang yang luar biasa
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!.
Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah!
Sebagai renungan 😊

Luahkan apa saja,yang penting enjoy
sebelum pisang tu busuk,biasanya saya makan pisang tu dan dia akan bertambah busuk bila menjadi tahik!
ReplyDeleteFR punya komen kat atas tu buat SA gelak besor...hahahhaha....
ReplyDeleteAnalogi yang mudah untuk difahami :)
ReplyDeletehahaha fr fr
ReplyDeleteJangan ada benci... boleh datang bnyk penyakit....
ReplyDeleteMenyayangi memang lebih baik daripada membenci.
ReplyDeleteTo eliminate hatred is to love :)
bila Fida bencikan seseorang Fida akan selawat byk2..biar org yg Fida benci tu Fida tak nampak..
ReplyDeleteselamatlah dia suh bawa pisang. kalau dia tukar ke buah durian, cane la gaknya
ReplyDeletekalau durian nak bawak seulas ke nak bawak sebiji durian? nak tulis nama kat mana abg ewan? huhu
Deletekak khaty, typo detected. hihi
Deleteok saya faham,pengajaran cerita ini ialah janganlah kita menyimpan dendam dan janganlah kita membenci sesama manusia,cerita yang menarik kak khaty aiman :-)
ReplyDeletebagus cerita ini...
ReplyDeletepengajaran utk kita..nk benci pun ade had,,kejap2 je,,jgn lame2 ,.ehehe
ReplyDeleteckgu2 boleh praktikkan permainan ni utk ank2 murid. pengajaran yg bagus utk semua peringkat umur ^_^
ReplyDelete