lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Sunday, 28 June 2015

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur


http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_28.html
Sahur..sahur..sahur...
Masa khaty belajar dulu,roommate akan jerit sebut perkataan sahur..memang semua kena bangun sebab suara dia masyaAllah..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Tapi bagus jugak disebabkan dia ramai yang tidak ponteng sahur dan puasa..


Pengalaman sahur mesti ada macam-macam kan,samada masa kecil,remaja,dah kawin,dah ada anak dan dah jadi datuk dan nenek.Apa pengalaman paling diingati sampai sekarang..hehehe..ada satu kejadian yang khaty tak tahu macam mana ia boleh terjadi,tak tragis pun,cuma hairan ja..

Suatu pagi dalam pukul 4.30 pagi,khaty pun bangunlah dari tidur sebab jam dah berdering suruh bangkit masak sahur..pergi dapur masak nasi,masak air pana dan sambil basuh ayam untuk di masak.Tengah menggaulkan ayam dengan garam dan kunyit,tiba-tiba ja nak pengsan..apakah itu..tapi belum pengsan..cepat2 panggil e.suami untuk ganti khaty masak..dengan pantasnya cik suami yang sedang nyenyak tidur bangun terus pergi masak..Akan tetapi semasa e.suami sedang masak,terdengar jugak bebelan dia dekat dapur ..macam buruk ja apabila lelaki membebel..hehehe

Bergantung kepada anda,bagaimana anda melalui masa bersahur,samada di rumah atau di jalan rasanya sama sahaja,tetap kena sahur..biasa atau tidak bersahur semasa hendak pulang raya.Bukan apa,masa raya memang penuh R&R walaupun sampai awal pagi.Semasa khaty menetap di Melaka,feeling nak balik Kedah seronok tau.Keluar rumah selepas buka puasa,e.suami suka memandu waktu malam sebab sejuk..khaty pun ikut sahaja la.Apabila dah sampai ke utara,dah dekat pukul 4 pagi,bukan bawa kereta perlahan,tapi banyak kereta atas jalan.Seronok jugak sekali sekala dapat sahur di kedai makan.Sejuk jangan cakaplah..

Apa sahaja yang anda lalui pastinya ianya menjadi kenangan yang terindah kepada anda.Hargailah masa yang ada tidak kira anda bersama walau dengan siapa sekalipun..

Pagi-pagi sunyi sepi
Sebab semuanya enak di buai mimpi
sahur itu pasti
untuk menambah tenaga dalam diri

Baca di sini Cabaran hari pertama

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong 
Luahkan apa saja,yang penting enjoy

1 comment: