contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM - soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C

Soalan 1

a) Terdapat (3) keadaan yang menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak dipilih untuk memegangnjawatan Yang di-Pertua Agong

  1. Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut dan peruntukkan berkaitan ( 9 markah )
  2. Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yang mencukupi untuk memilih Yang di-Pertua Agong (5 markah )
  3. Semua Raja bagi negeri-negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri masing-masing. Jelaskan samada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Agong ( 5 markah )

b) Atas permintaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah Kerajaan Negeri yang telah dirizabkan sebelum itu maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.

Jelaskan jumlah premium tanah yan perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor ( 6 markah ) 

Selamat mencuba..

6 komen:

  1. Replies
    1. exam KPSL untuk penjawat awam yang nak naik pangkat ke gred 27

      Delete
  2. perrgghh...!! susahnya soalan... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete