contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM - soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
 
Soalan 2
 
Seseorang warganegara yang bermastautin di persekutuan layak dijadikan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat tertakluk kepada syarat-syarat yang di sebut dalam Perlembagaan Persekutuan 

a ) Nyatakan keadaan-keadaan yang membolehkan seseorang Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat itu hilangnya kelayakannya daripada menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

b ) Siapakah yang boleh membatalkan kelayakan seseorang menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

c ) Setiap ahli Majlis Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara diberikan beberapa perlindungan dan keistimewaan oleh Perlembagaan Persekutuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab

Jelaskan dua (2) pengecualian terhadap perlindungan dan keistimewaan tersebut 

( 6 markah )

d ) Dato' Raden yang memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM1,500.00 dan mendapat pengampunan bebas

Adakah status beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat terjejas selepas hukuman tersebut?

( 5 markah )

 
 

4 komen:

  1. esok cik nor interview jawatan S27..:)

    ReplyDelete
  2. soalan mende...bagi laa jawapan skali...

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete