lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 10 June 2015

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM - soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
Soalan 3
Puan Zahidah  soerang Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Y telah meninggal dunia dan meninggalkan duda dan dua orang anak perempuan yang berumur 10 dan 12 tahun.Unit Sumber Manusia di Jabatan Y perlu menyerahkan semua dokumen persaraan dengan kadar segera kerana meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Walau bagaimanapun,adik kepada gemulah,Cik Zuraida telah datang ke pejabat dan mendakwa semasa hayat,gemulah tidak pernah hidup tenteram kerana suaminya adalah seorang pemabuk dan sering memukul gemulah. Cik Zuraida juga telah menyerahkan surat wasiat yang diuruskan oleh salah satu agensi wasiat yang manyatakan bahawa semua pencen terbitan bahagian suami gemulah hendaklah diserahkan kepada Cik Zuraida dan dua orang anak perempuannya.

Berdasarkan kepada wasiat berkenaan,pegawai di Jabatan Y telah memasukkan nama Cik Zuraida sebagai salah seorang penerima pencen terbitan dalam borang persaraan berkenaan.

a ) Bolehkah pegawai berkenaan berbuat demikian berdasarkan kepada surat wasiat yang dikemukakan oleh Cik Zuraida? Huraikan

( 8 markah )

b ) Jelaskan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan pemberian pencen terbitan kepada dua orang anak perempuan gemulah itu akan terhenti?

( 7 markah )

c ) Selain daripada anak kandung,jelaskan empat ( 4 ) lagi kategori anak yang boleh dipertimbangkan untuk diberi pencen terbitan menurut Akta Pencen 1980 ?

( 10 markah )

2 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian... saya mohon copy ya... save di laptop buat rujukan... semoga Allah mengurniakan rezeki yang x putus buat Puan...tq

    ReplyDelete