Beliau berkata, kadar baharu yang diumumkan itu akan membabitkan 1.1 juta kakitangan awam gred 41 ke bawah selain melibatkan implikasi kewangan negara sebanyak RM1.04 bilion setahun.
“Bagi kakitangan awam yang mendiami kuarters dan mereka selama ini tidak menerima faedah elaun perumahan juga akan menerima bayaran 25 peratus daripada kadar baharu imbuhan tetap perumahan yang baharu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - petikan dari UTUSAN ONLINE

Tingkatkan prestasi,hindarkan kontroversi,majukan diri untuk jabatan,negeri dan negara demi masa hadapan semua.