Sihat sebelum Sakit

Assalamualaikum w.b.t

Apabila wanita itu sakit..


Beberapa hari yang lalu,kami sekeluarga dikejutkan dengan berita emak pengsan di sebuah masjid.Kejadian berlaku lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari.Emak yang sehingga hari tersebut tidak pernah pula kedengaran sakit,nampak sihat sentiasa,tiba-tiba pengsan..

Mujur dengan tindakan pantas rakan-rakan emak di masjid dapat memaut emak dari terjatuh jelepuk ke lantai.Alhamdulillah..Lantas salah seorang dari kawan emak menghubungi bapak untuk memaklumkan kejadian tersebut.Kebetulan juga bapak yang berada di pekan dalam perjalanan pulang kerumah terus berhenti di masjid untuk melihat keadaan emak ketika itu.

Setelah mak dibawa pulang,kawan baik mak yang ala-ala superwomen terus memeriksa keadaan emak..memang kawan mak superwomen sebab dia juga bidan,tukang urut dan juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah s.w.t...Kata kawan emak,tekanan darah mak mungkin naik mendadak sebab urat di belakang leher emak sudah membengkak dan menjadi agak keras.

Syukur Alhamdulillah kerana emak tidak jatuh terus,kalau tidak mungkin emak akan dapat stroke satu badan.Tak dapat bayangkan keadaan emak jika kejadiaan itu terjadi..Hati tiba-tiba menjadi sedih dan mata terus mengalirkan air mata sebab emak yang sentiasa sihat tiba-tiba jatuh sakit..Beringatlah kita sihat sebelum sakit...


0 komen:

Post a Comment