lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 10 July 2015

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Memori Raya 90-an Atau Zaman Kanak-Kanak

#Cabaran 20Hari | Memori Raya 90-an Atau Zaman Kanak-Kanak
Apabila bercakap mengenai memori raya 90 an atau zaman kanak-kanak,pastinya ramai yang sedang tersenyum simpul kasih apabila mengenangkan zaman yang lalu.Pastinya banyak perbezaan suasana dengan zaman sekarang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tak kira dari dari perlbagai sudut,sebut sahaja,insyaAllah pastinya akan dapat.

Berbeza dengan raya 90 an atau pun zaman kanak-kanak,suasana raya sangatlah meriah dengan amalan kunjung mengunjung kerumah saudara setelah selesai solat sunat hari raya.Kanak-kanak juga sangat menantikan saat ini kerana boleh kutip duit raya.

Pada zaman raya 90 an atau kanak kanak,kebanyakkannya masih menggamalkan acara jalan kaki beramai2 untuk pergi satu rumah ke satu rumah,sambil berjalan juga terdengar gelak ketawa dan riuh rendah dengan usikan dari masing-masing.

Pada malam raya 90 an atau zaman kanak-kanak,kebiasaannya akan berkumpul di suatu tempat untuk bermain bunga api secara beramai-ramai.Pada ketika ini,dapat la dengar bunyi meriam yang terhasil dari arkitek yang tidak di iktiraf ciptaannya..tetapi sangat meriah.

Memori Raya 90-an Atau Zaman Kanak-Kanak Vs zaman era kemodenan..

Sebenarnya tidak banyak yang berbeza,masih mengamalkan bermain bunga api,masih mengunjungi rumah sanak saudara,akan tetapi lebih kerap menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.Cuma boleh di lihat amalan berkunjung seperti kurang mendapat sambutan atau nampak seperti di pinggirkan.Ramai yang suka berada di rumah sambil menonton teleisyen.Tetapi sebahagian sahaja.

Biar memori Raya 90-an Atau Zaman Kanak-Kanak Vs zaman era kemodenan,hari raya tetap disambut saban tahun kerana ianya menjadi hari kemenangan ummat islam setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.

Baca di sini Cabaran hari ke 13

#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari 
#bukansembangkosong 
#bukansekadarblogger
Luahkan apa saja,yang penting enjoy




 

3 comments:

  1. Skrang ni banyak yang main gajet time raya. tak banyak bertegur sapa.

    ReplyDelete
  2. 90-an aida remaja dan pelajar ipta.
    best!!!
    just yg x boleh ingat, mak abah aida susah.
    kami gembira di hati aje.
    bab pakaian memang daif...
    hu hu :(
    skang mak abah da senang.
    kami semua da keje, sis kathy...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 mmg pergi rumah saudara yang jejauh pun pegi..
    skrang mmg macam malas sikit.. suhu pun panas =P plus kekangan mak dan ayah kerja..
    cuti sekejap saja.. so jalan2 rumah kawan je la..

    ReplyDelete