#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Setiap kali tibanya bualan puasa,amalan berbalas bekas mesih menjadi amalan di kampung khaty..Yang seronoknya dan menjadi tradisi dalam keluarga khaty,tiap-tiap tahun bertukar orang yang hantar..Keluarga khaty ramai,makanya ramai la adik beradik khaty sibuk nak menghantar.

Amalan berbalas bekas juga dikatakan dapat menjimatkan menu sampingan untuk berbuka puasa.Betul kan..Selalunya dekat rumah,emak akan masukkan siap-siap makanan dalam bekas,kami tinggal hantar sahaja.Jiran khaty ramai,jadi yang terpilih sahaja.Padahal kami yang memilih untuk pergi kerumah yang mana masakan dia memang sedap..pandaikan..

Amalan berbalas juadah juga dapat mengertakan lagi tali silaturrahim antara kejiranan yang ada.Amalan yang baik bukan.Ianya juga mendidik kita untuk sentiasa menjenguk kejiranan kita dan beramah mesra walaupun sebelum puasa memang ramah tamah.

Jadi,jangalah kita sombong dengan jiran di sekeliling kita kerana apabila kita mendapat susah di kemudian hari,jiran la orang yang paling dekat dan cepa untuk kita meminta tolong..Pergi rumah jiran jangan lupa bagi salam,nanti nampak tak sopan..

Naik motor ronda kampung
Untuk menghantar mangkuk tingkat
Seronoknya berada di kampung
Amalan yang baik untuk di ikut..

Baca di sini Cabaran hari ke 7

#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari 
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong 

Luahkan apa saja,yang penting enjoy


 
 
 

1 komen:

  1. kite paling mengelat kalau kena anta makanan g umah jiran..hohoho

    ReplyDelete