lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 28 July 2015

KHAT-T NEXT PROJEK 1

Assalamualaikum w.b.t

KHAT-T| PROJEK BAJU RAYA YANG BERJAYA 


Bersempena hari lebaran yang lalu,khaty telah mendapat beberapa tempahan baju dan shawl  untuk di siapkan. Khaty akan buat entry shawl selepas entry baju raya. Bersempena itu juga,KA Tailor telah mendapat satu nama yang ringkas dan sampai maksudnya,hasil dari buah fikiran orang di sekeliling khaty, maka terhasil nama KHAT-T untuk nama rasmi untuk projek yang berkaitan dunia jahitan..chewahhh..




Ini adalah sebahagian jubah dan baju raya yang khaty telah siapkan untuk hari lebaran.Terima kasih kepada yang sudi menempah...Jika ada yang terkurang harap di maafkan. Untuk yang tema pink adalah dari keluarga khaty,alangkah seronoknya apabila dapat mengahsilkan baju buat ibu bapa dan adik-adik khaty.

 Untuk jubah dewasa dan jubah kanak-kanak bercorak ala-ala syria itu adalah di tempah dari blogger mas untuk kakaknya..Terima kasih daun keladi,kalau ada yang kurang harap di maafi..khaty tidak mengambil banyak sangat tempahan baju kerana waktu khaty sangat terhad. Jadi ambil lah order mengikut kemampuan sahaja.

Ini juga adalah hasil buah fikiran khaty dan anak yang sulung haikal. Kalau tengok gaya memang si adik tidak mahu kalah. Haikal bersuara untuk memakai jubah,fahim juga mahu sehingga pada hari raya tersebut fahim menyatakan selepas ini tidak mahu lagi memakai jubah kerana jubah macam besar dan susah hendak bergerak..alahai anak..Baju melayu raya e.suami juga hasil dari jari jemari khaty,syukur alhamdulillah akhirnya usaha untuk membuat baju melayu berjaya.

Sesiapa juga boleh menjahit sekiranya mempunyai minat dan usaha yang tinggi. Alhamdulillah,selepas raya sehingga kini,tempahan masih berjalan macam biasa. Jika ada sesiapa yang ingin menempah baju dari KHAT-T di alu-alukan..boleh whatsapp/telegram di 013-6801579..

8 comments:

  1. Semoga maju dan berjaya dalam bisnes jahitan ni, insyaAllah Khaty. cantik jubah...next raya pcl nak berjubah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq pcl...jubah sekarang dan veserstyle

      Delete
  2. kak khaty.. terima kasih daun keladi sudi jahitkan.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah khaty.....nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  4. comel tengok jubah tu... =)

    ReplyDelete
  5. tahniah khaty, kak ana doakan khaty terus sukses dan berjaya dalam segala urusan,amin.

    ReplyDelete
  6. KHAT-T - cantik namanya. Ada nilai komersial :)

    ReplyDelete