Miskin Ilusi Minda Kita - KhatyAiman KhatyAiman: Miskin Ilusi Minda Kita
Textual description of firstImageUrl

Miskin Ilusi Minda Kita

khatyaiman | 7/14/2015 11:07:00 am | 6 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Miskin | dicipta,tercipta atau mencipta


tercipta dicipta mencipta

Hidup di dalam dunia,tiada siapa yang mahukan keadaanya miskin,tidak kira dari segi apa pun,kalau boleh biarlah ianya sederhana.Adakah miskin ini memang benar2 ada atau hanya ilusi minda yang kita sendiri menciptakannya??Apa yang menyebabkannya wujud..

Isilah titik-titik di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing ...
1. Allah menciptakan tertawa dan .....
2. Allah itu mematikan dan .....
3. Allah menciptakan lelaki-lelaki dan .....
4. Allah memberikan kekayaan dan .....
Kebanyakan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis ...
2. Menghidupkan ...
3. Perempuan ...
Tapi bagaimana dengan no.4 ...? Apakah Kemiskinan ...?

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam surat An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai berikut:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
 "dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita benar hanya pada no. 1-3 ... 

sedang jawapan untuk no. 4 keliru. 

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

SubhanAllah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi kekayaan dan kecukupan kepada hamba-Nya.
Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Hal ini boleh kerana ketidakadilan ekonomi, kemalasan, boleh juga
kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam minda fikir kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.
Jadi, marilah kita bangunkan rasa keberlimpahan dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Biarpun kita mempunyai pendapat yang berbeza,akan tetapi kita akan bersetuju dengan ini,sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita nikmati selama kita masih bernyawa di muka bumi Allah s.w.t..

6 comments:

  1. syukur dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian menarik, Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

    ReplyDelete
  3. konklusi nya bersyukur dengan rezeki yg diberi

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah . nice sharing !

    ReplyDelete
  5. ya, betul tu..
    Allah s.w.t. memberi sesuai dengan sangkaan hambaNya..

    kena selalu rasa cukup dan bersyukur dengan apa pun rezeki walaupun kecil... :)

    ReplyDelete
  6. dan kita selalu berasa tidak cukup.. huurm..

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com