lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 9 July 2015

Tips 10 malam terakhir

Assalamualaikum w.b.t

#10 hari terakhir | RAMADHAN


 Pejam celik pejam celik,hanya tinggal beberapa hari sahaja bulan ramadhan akan berlalu..maka marilah kita bersama2 melipat kali gandakan amalan dan usaha kita untuk mengumpul bekalan untuk hari akhirat kelak sempena di bulan ramadhan ini..insyaAllah.. 

Shaykh Maher (imam Masjid Al-Haram) beri nasihat yg praktikal:

Idea untuk 10 malam ramadhan terakhir

1. Derma RM 1 setiap hari, kalau jatuh pd mlm qadar, derma kita akan berganda seolah kita derma setiap hari selama 83 thn.

2. Solat 2 rakaat setiap mlm, kalau kena solat kita pd mlm qadar,solat kita akan berganda seolah kita solat 2 rakaat setiap hari selama 83 thn.

3. Baca surah Al Ikhlas 3 kali, jika kena mlm qadar anda telah membaca seluruh quran(berdasarkan hadis) selama 83 tahun

 Semoga kita semua dapat memperolehi ganjaran 83 thn juga!! Ameen..

Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kepada kita semua....

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10 terakhir ramadhan akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yang terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dengan bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, selawat nabi banyak2,baca alquran dengan jelas supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa di bulan ramadhan... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat di bulan ramadhan untuk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa di bulan ramadhan untuk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt untuk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia

Semoga kita akan mendapatkan kebekatan yang lebih dari biasa sempena di bulan ramadhan al mubarak ini..

5 comments: