lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Sunday, 19 July 2015

Wanita luar biasa

Assalamualaikum w.b.t

Dia| Wanita Luar Biasa

ketahuilah wanita adalah anugerah buat kaum lelaki yg Allah swt ciptakan melengkapi nikmat syurga bagi insan yg bernama Adam a.s

Maka Allah swt telah hantar kpd kita Nabi s.a.w yg menunjukkan jalan syariat bagaimana cara kita perlu memuliakan wanita2 Islam mengikut yg Allah swt redho.

Tempat wanita2 Islam kita mulia bukanlah di pejabat2, universiti2, kilang2 dsbnya tp tempat wanita Islam @ Mukminah itu mulia di dalam rumah2 mereka...

Di sini mari kita berkongsi pesanan Nabi s.a.w kpd puterinya Fatimah r.anha sbg panduan wanita terbaik dr rumah :

1. Seorang wanita mukmin lebih baik drpd 1000org wali.

2. Seorang wanita jahat lebih burul drpd 1000org lelaki jahat.

3. Dua rakaat solat drpd wanita yg hamil lebih baik drpd 80rakaat solat wanita yg tidak hamil.

4. Wanita yg beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yg berikannya.

5. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya layan dgn baik akan mendapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yg habiskan malamnya dgn tidur yg tidak selesa krn menjaga anaknya yg sakit akn dapat pahala spt membebaskan 20org hamba.

7. Isteri yg melihat suaminya dgn ksh syg dan suami pula melihat isteri dgn ksh syg,  Allah swt akan pandang mereka dgn penuh rahmat.

8. Wanita yg menyediakan suaminya keluar di Jalan Allah swt (40hari 4bulan) dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500tahun lebih awal drpd suaminya dan jadi ketua kpd 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yg dibuat dr permata Yaqut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari krn menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah swt akn seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah swt memberinya pahala 12tahun ibadat.

10. Wanita yang menguli tepung dgn Bismillah, Allah swt akan berkati rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai rumah suaminya dengan zikirullah dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yg menjaga solatnya, puasa, dan taat pada suami, Allah swt mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yg ia kehendaki.

13. Wanita yg bersalin akan dapat pahala 70tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya , Allah swt akan beri satu pahala haji dan sekiranya wanita itu meninggal dalam masa 40hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.

14. Apabila seorang wanita yg menyusukan anaknya yg menangis diwaktu malam dgn sabar, dia dapat pahala 1tahun solat dan puasa.

15. Jika wanita itu menyusukan anaknya sampai cukup tempoh 2⅓ tahun maka malaikat di langit dtg membawa khabar gembira kepada wanita itu bahawa "Syurga wajib bagi kamu".

16. Jika isteri melayan suami tanpa khianat maka dpt pahala 12tahun solat.

17. Wanita yg picit suami tanpa disuruh akan dpt pahala 7tola emas manakala jika picit suami bila disuruh akn dpt pahala 7tola perak.

18. Jika suami mengajar isterinya satu masalah Agama, maka Allah swt beri kpd suami pahala 80tahun ibadat.

19. Semua orang akan  dipanggil oleh Allah swt untuk melihat wajah Allah swt, tp Allah swt sendiri akan dtg utk bertemu dgn wanita yg memberati / menjaga auratnya yg memakai niqob di dunia ini dgn istiqomah.

20. Allah swt melaknati wanita yg mendedahkan auratnya kpd lelaki yg bukan mahram dan muhrimnya.

21. Seorang wanita yg membersihkan rumahnya dengan berzikir, seolah-olah dia membersihkan Kaabah.

22. Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w bersabda kpd Fatimah r.anha yg mafhumnya : "Mana-mana wanita yg melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah swt drpd air syurga dan dia diringankan siksaan ketika sakaratul maut, dalam qubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada siksaan neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa merempuh kesusahan."

MasyaAllah..indah nya menjadi seorang wanita...hargai lah diri anda wahai wanita-wanita sekalian.

6 comments:

  1. syukur kita dilahirkan sebagai wanita yg byk kelebihannya ... follow sini . dtg dr giveaway fadzi razak .

    ReplyDelete
  2. Luar biasa....memang sangat2 luar biasa :)

    ReplyDelete
  3. Ada sebab Allah memilih kit amenjadi wanita. Terlalu banyak kemuliaan yang Allah berikan pada kita jika di pandang dari mata hati.

    ReplyDelete
  4. Bersyukur sebab dipilih Allah dijadikan sbg wanita...byk kelebihan kalau ikut aturan Islam :)

    ReplyDelete
  5. wanita kalau betol2 solehah n briman..
    punyalah senang nak masuk syurga.. we are aware of it
    tapi xmo rebut.. huurm..

    ReplyDelete