August 2015 - KhatyAiman KhatyAiman: August 2015

Bersederhana dalam kehidupan

khatyaiman | 8/31/2015 11:00:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Mensyukuri nikmat yang ada

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Textual description of firstImageUrl

Alahan bakal melahirkan zuriat cerdik

khatyaiman | 8/28/2015 12:20:00 pm | 6 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Wanita Hamil yang mengalami alahan bakal melahirkan zuriat yang cerdik

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/alahan-bakal-melahirkan-zuriat-cerdik.html
Textual description of firstImageUrl

PENANGAN SAMBAL SETAN

khatyaiman | 8/25/2015 08:03:00 am | 11 Komen
Assalamualaikum w.b.t

PENANGAN SAMBAL SETAN Bu Mut di Bendungan Hilir, Jakarta Pusat

Textual description of firstImageUrl

Suami tidak pernah puas

khatyaiman | 8/24/2015 11:00:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Apabila pandangan mata hanya melihat kesempurnaan

Textual description of firstImageUrl

Tips Pemilihan Warna Hijab Mengikut Tona Kulit

khatyaiman | 8/21/2015 05:00:00 pm | 5 Komen
Assalammualaikum w.b.t

Tips Pemilihan Warna Hijab Mengikut Tona Kulit

Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit |  Pernah tak anda perasan kekadang ada sahaja yang memerhati cara penampilan anda. Terutamanya bila anda memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda. Bagaimana ingin membuat pemilihan dalam berhijab mengikut tona warna.   
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique




Textual description of firstImageUrl

Hantaran paling berani

khatyaiman | 8/19/2015 05:00:00 pm | 9 Komen
Assalamualikum w.b.t

Hantaran unik dan pelik dan sangat berani

Hantaran unik dan pelik dan sangat berani

Textual description of firstImageUrl

Tonsil dan Tonsilitis

khatyaiman | 8/19/2015 02:00:00 pm | 8 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Perbezaan Tonsil dan Tonsilitis




http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tonsil-dan-tonsilitis.html
Textual description of firstImageUrl

Panda Selamat Melahirkan Anak

khatyaiman | 8/19/2015 07:47:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Panda Zoo Negara Selamat Melahirkan Anak



Textual description of firstImageUrl

Program Affiliate Tudung SIMPLEHIJAB

khatyaiman | 8/18/2015 02:00:00 pm | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Program Affiliate Tudung SIMPLEHIJAB

 http://simplehijab.co/?id=rugc


Textual description of firstImageUrl

Stylo Outfit - Kedai Jersi Bola Murah

khatyaiman | 8/18/2015 11:00:00 am | 0 Komen
Assalamualikum w.b.t

Jersi Bola Murah

Jersi berkualiti, harga murah


jersi murah

Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola.

jersi murah


Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.

Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.

Pelbagai jenis jersi

Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.

Antara jersi yang di jual di Stylo Outfit ialah:

  1. Jersi EPL
  2. Jersi La Liga
  3. Jersi Serie A
  4. Jersi League 1
  5. Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-

6. Jersi kelab Malaysia
7. Jersi Malaysia

Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.

Harga berpatutan


Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
  1. Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
  2. Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!

Jam tangan tawaf

Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.


Apa lagi tunggu?

Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.



Textual description of firstImageUrl

PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

khatyaiman | 8/17/2015 05:00:00 pm | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)

Yusmizee Naturopathic Center

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.
Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan vvip.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;


"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).

Tel : 012-3556736
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 
78000 Alor Gajah. Melaka



Info Lanjut : Sila merujuk kepada ;
PERSATUAN PENGAMAL UTAMA NATUROPATHY MALAYSIA (M.A.N.I.S)
(http://holistikmalaysia.blogspot.com/)
Textual description of firstImageUrl

personaliti mengikut tarikh lahir islam

khatyaiman | 8/17/2015 02:30:00 pm | 10 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Rahsia bulan kelahiran

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/personaliti-mengikut-tarikh-lahir-islam.html

Textual description of firstImageUrl

Tekan tubi menggunakan bola

khatyaiman | 8/17/2015 08:11:00 am | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Tekan tubi


http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tekan-tubi-menggunakan-bola.html
Textual description of firstImageUrl

Kad raya dari blogger

khatyaiman | 8/14/2015 04:00:00 pm | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Raya|Kad raya dari blogger Ayuni Rafilah

Jaga kesihatan semasa Haji

khatyaiman | 8/14/2015 01:22:00 pm | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Haji | Vaksin meningococcal antara alternatif terbaik

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu-tetamu Allah SWT dari seluruh pelosok dunia bersiap-sedia untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Ini adalah jemputan khusus buat insan-insan istimewa yang bakal bergelar haji dan hajah. Pastinya, bakal-bakal haji gembira tidak terkira. Maklumlah, dengan menunaikan haji maka lengkaplah rukun Islam kita yang lima.Bukan semua umat islam  berkesempatan menunaikan fardu haji walaupun memiliki wang yang banyak dan keinginan yang meluap-luap untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Textual description of firstImageUrl

Perut stres pada hari raya

khatyaiman | 8/13/2015 11:22:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Raya|Makanan berlebihan, kurang serat, kurang air punca sakit perut

makan berlebihan kurang serat kurang air punca sakit perut
Textual description of firstImageUrl

Tudung bawal airbrush

khatyaiman | 8/13/2015 09:21:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Hijab| Bawal Airbush

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tudung-bawal-airbrush.html
http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tudung-bawal-airbrush.html

Textual description of firstImageUrl

Sepetang di tupperware

khatyaiman | 8/08/2015 11:00:00 am | 0 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Menang berbelanja di tupperware


NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

khatyaiman | 8/07/2015 02:00:00 pm | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

Isteri..sedang membaca beberapa artikel mengenai wanita,tiba2 terdapat satu pesanan ringkas dari seorang sahabat. Lama tidak bersua dan berborak bersama. Seorang sahabat yang selalu mempunyai pelbagai cerita dan kata-kata yang memberi semangat dan azam kepada kami untuk meneruskan kehidupan seharian. Ada satu artikel yang khaty ingin kongsikan kepada anda semua..

 Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang, 

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Tuhan
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik, 
kuat & sabar...
Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.
Aamin

P: TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yang menyentuh hati dari seorang wanita ( isteri )....

■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya tidak ada percutian
📝saya tidak ada cuti sakit
📝saya tidak ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'

Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!

Lumrah kehidupan manusia

khatyaiman | 8/07/2015 09:00:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Salam di pagi jumaat yang ceria dan indah, ku panjat kan rasa syukur kepasa Allah s.w.t kerana masih memberi nafas untuk kita terus hidup menjalankan aktiviti seharian seperti sedia kala.

Solat dan perjalanan kehidupan kita


Perkongsian dari ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu. 

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. 

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

Jangan tinggal daku

khatyaiman | 8/06/2015 08:10:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Tertinggal atau ditinggalkan

Suatu petang pada pukul 4.00 petang,khaty telah sampai ke tempay yang di janjikan untuk berkumpul dan berjumpa sekali untuk pergi kerumah biras. Dengan gembiranya rasa apabila khaty orang yang paling awal tiba. Terasa haus apabila menunggu yang lain-lain tiba.
Textual description of firstImageUrl

WW#11

khatyaiman | 8/05/2015 09:24:00 am | 6 Komen
Assalamualaikum w.b.t


KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com