lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 28 August 2015

Alahan bakal melahirkan zuriat cerdik

Assalamualaikum w.b.t

Wanita Hamil yang mengalami alahan bakal melahirkan zuriat yang cerdik

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/alahan-bakal-melahirkan-zuriat-cerdik.html
Setiap wanita yang telah si sahkan hamil, sudah pastinya akan berasap sangat gembira kerana dapat merasai peluang kehamilan. Untuk itu,para ibu yang sedang hamil memang tidak akan terlepas dari merasai alahan..Yang pastinya,setiap wanita akan mengalami alahan yang berbeza.

Ada yang sekejap Dan ada yang berpanjangan sehingga bersalin. Selain alahan,banyak juga perkara-perkara yang mungkin luar dari kebiasaan kita akan terjadi. Makan buat para ibu- ibu sekalian,hargai Dan nikmatilah masa anda mengandung.

Ada satu perkara yang ingin khaty kongsi kan bersama mengenai wanita yang mengalami alahan dan mungkin juga anda semua akan menyukainya juga. Sekurang-kurangnya,apabila kita mengalami alahan,makan kita akan terfikirkan perkara yang baik seperti maklumat kajian dari  OTTAWA ini...

Kajian loya, muntah petanda IQ janin sihat

OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi.

Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah.

Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin.

Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran.

Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi.

Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.

Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.

Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun.

Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.

Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira.

Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.

Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi ‘agak luar biasa’ tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik.

Sumber : Berita Harian

Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi adalah dari kehendakNya..kita sebagai ummatnya harus lah sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat kita.WALLAHUALAM...

6 comments:

  1. nice info,khaty.sebab itulah ibu-ibu jangan mengeluh bila ada alahan kan.

    pada perenggan atas,ada beberapa typing error tu,khaty.

    ReplyDelete
  2. ada dengar berita ni kat radio semalam..
    memang teruja dibuatnya... hehehehee.. :)

    InsyaAllah.. semoga diberi kesempatan utk bergelar ibu.. aamin.. aamin.. Khaty doakan ye... :)


    sambil2 tu jangan lupa GA kak ain ye..
    InsyaAllah ada 3 hari lagi...!!

    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  3. bagus info ni KT..KG dulu masa anak pertama dan kedua tak ada alahan yang ketiga sangat teruk alahannya...

    ReplyDelete
  4. Wah,..lepas ni ibu2 yg teruk alahan kena sabar & bertahan....bawa anak pintar :)

    ReplyDelete
  5. lagi banyak alahan, lagi bijak si anak :)

    ReplyDelete
  6. Semua nyer atas DIA yang Maha Kuasa ...
    Saya tidak mengalami alahan loya dan muntah ... Dari anak sulung sampai ler yang ke empat ... Insyaallah, anak2 saya bijak juga ...

    ReplyDelete