Jaga kesihatan semasa Haji

Assalamualaikum w.b.t

Haji | Vaksin meningococcal antara alternatif terbaik

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu-tetamu Allah SWT dari seluruh pelosok dunia bersiap-sedia untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Ini adalah jemputan khusus buat insan-insan istimewa yang bakal bergelar haji dan hajah. Pastinya, bakal-bakal haji gembira tidak terkira. Maklumlah, dengan menunaikan haji maka lengkaplah rukun Islam kita yang lima.Bukan semua umat islam  berkesempatan menunaikan fardu haji walaupun memiliki wang yang banyak dan keinginan yang meluap-luap untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Umat Islam seluruh dunia akan berhimpun serentak dalam satu masa dalam jumlah yang terlalu besar iaitu melebihi 3 juta orang. Jemaah haji dari negara ini bukan senang untuk dipilih menjadi tetamu Allah, jadi kena bersiap sedia sepenuhnya terutama daripada segi kesihatan.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia sehingga bulan Januari tahun ini lebih 217 juta orang telah menerima vaksin meningokokal A conjugate vaccine di 15 negara di lingkaran Afrika (African belt),” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji, Abdullah Talib menarik perhatian dengan mengatakan ibadah haji dan umrah bukan sahaja perhimpunan ibadah tetapi boleh dianggap sebagai perhimpunan penyakit.

“Ini boleh mengurangkan risiko membawa balik penyakit ini dari kawasan endemik ke tanah air dan dengan itu akan mengurangkan risiko menjangkiti keluarga terdekat.

“Syarat Arab Saudi amat jelas, visa dan permit haji serta umrah hanya akan diberikan apabila jemaah itu telah mendapat suntikan vaksin,” katanya yang memaklumkan pada tahun ini seramai 600 petugas Tabung Haji, termasuk 250 petugas kesihatan akan membantu melancarkan segala urusan jemaah,” katanya.

Tambah Abdullah, cuaca musim haji kali ini dijangka amat panas iaitu antara 40 dan 45 darjah Celcius dan para jemaah semasa menghadiri kursus-kursus haji diingatkan supaya jangan mendedahkan diri terlalu lama kepada cuaca panas.

“Kena minum air dengan banyak bagi mengelak terjadi kejutan kepada cuaca panas atau strok haba,” katanya. kredit utusan

Air memang sesuatu perkara yang amat kita perlukan dalam badan untuk kita berasa sentiasa bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Jagalah kesihatan anda walau di mana anda berada. Selamat menunaikan ibadah haji buat umat islam sedunia.

Wallahualam..

4 komen:

  1. semoga dipermudahkan semua jemaah haji dan moga kita pula menjadi tetamu Allah S.W.T menunaikan haji aamin

    ReplyDelete
  2. bakal haji dan hajjah memang diwajibkan ambil vaksin ni kan...

    ReplyDelete
  3. beruntunglah bagi yang terpilih..moga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  4. Kesihatan kena betul2 dijaga sebab kita berada di sana dalam masa yang lama...

    ReplyDelete