lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 19 August 2015

Panda Selamat Melahirkan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Panda Zoo Negara Selamat Melahirkan Anak



KUALA LUMPUR 18 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa gembira dengan berita mengenai kelahiran seekor anak panda milik pasangan panda gergasi dari Chengdu, China yang ditempatkan di Zoo Negara dekat sini.

“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebook dan Twitter.
Pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei tahun lepas dan akan berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selama 40 tahun yang di­sambut pada 31 Mei lepas. 

Melalui program yang dime­terai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu.
Pada 11 Julai lepas, Xing Xing dan Liang Liang gagal dalam pro­ses mengawan untuk kali kedua selepas setahun ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC). – BERNAMA
 Sumber Utusan

Khaty belum pernah pergi lagi ke zoo untuk lihat panda lebih dekat. Mesti anak yang di lahirkan comel sebab panda sangat comel.

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

4 comments:

  1. suka pm dapat cucu panda.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. wah dah bertambah generasi panda.. :)

    ReplyDelete
  3. erm...tahniah pm atau tahniah panda?

    ReplyDelete
  4. aida x pernah bw anak2 gi zoo negara lagi khaty.
    asyik cancel aje...
    tunggu baby panda besar skit la hihi hi...

    ReplyDelete