PENANGAN SAMBAL SETAN

Assalamualaikum w.b.t

PENANGAN SAMBAL SETAN Bu Mut di Bendungan Hilir, Jakarta Pusat

Masyarakat malaysia memang tidak sah kalau makan nasi tidak ada sambal belacan,budu,cencaluk dan seangkatan dengannya. Hendak pula kalau yang memang hantu sambal, hidanglah sepedas mana sekalipun, tetap di jamah juah. Dasyat siapa yang tahan pedas . Sedang khaty membaca surat khabar, ada sesuatu yang menarik mengenai sambal ini, ia digelar SAMBAL SETAN di Indonesia. Kenapa sampai begitu dasyat sekali nama yang di beri.Adakah rasa kepedasannya nya yang melayakkan ia di gelar begitu.

Benar.. di sebuah warung makanan di Bendungan Hilir, Jakarta Pusat juga,sambal menjadi seolah-olah “menu utama” manakala nasi dan lauk pauknya hanyalah sebagai pelengkap sahaja.

Memang benar, tarikan utama warung milik Mutiah ini ialah sambalnya yang tersangat pedas. “Luar biasa” kata orang Indonesia. Kepedasannya yang melampau menyebabkan para pelanggan menggelarnya sebagai “sambal setan”.
“Disebabkan pedasnya yang amat, lidah menjadi seperti kesetanan,’’ kata Rompe, pelanggan tetap warung Ibu Mutiah atau lebih dikenali sebagai Bu Mut ini ketika ditemui di warung tersebut bersama rakan-rakannya, baru-baru ini.
Selain nasi, lauk pauk yang dihidangkan ialah ayam goreng, pece lele (ikan keli goreng), bawal, ikan tongkol, telor dan lain-lain. Dan seperti biasa tempe tidak ketinggalan, selain bermacam jenis ikan masin.

Bagaikan ketagih, sepinggan lagi nasi ditambah. Rasa pedas melampau itu berpadu dengan rasa masam, manis dan masin menjadikan keenakannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Menurut Rompe lagi, walaupun ramai pelanggan yang “menangis” kerana kepedasan sambal, namun mereka tidak serik untuk datang lagi. “Marah-marah sayang, semakin marah semakin datang’’ katanya berjenaka.
Kepedasan sambal setan ini memang tahap melampau. Minum air sebanyak mana sekali pun tidak dapat menghilangkan kepedasannya. Namun ada disediakan hidangan labu manis untuk mengurangkan haba kepedasan.
“Ya ampun Pak, pedasnya tidak ada ampun. Mungkin itu sebabnya dipanggil sambal setan. Tidak ada pengampunan lagi,’’ ujar Kartolo yang pertama kali datang ke warung Bu Mut itu bersama keluarga.
Kepada yang ingin mencuba atau telah pun mencuba,boleh la terbang ke jakarta. Sambil itu boleh lah anda melawat ke tempat-tempat yang menarik di sana.

Luahkan apa saja,yang penting enjoy


11 komen:

  1. perghh tajuk sambal pun dah ngeri..hehe

    ReplyDelete
  2. sambal setannnnn......hahahha...kalau budak kat opis panggil sambal neraka jahanam

    ReplyDelete
  3. haha setan yang xtahan pedas

    ReplyDelete
  4. seramnyer nama sambalnya tu. hehehe

    ReplyDelete
  5. teringat sambal ayam penyet, tapi yang 'setan' tu kasar lagi rupanya..hehe

    ReplyDelete
  6. Pedas sangat kah sambal setan ni

    ReplyDelete
  7. mak ai..tajuk je dh ngeri..lagi lah nak rasa..

    ReplyDelete
  8. Ngeri pula mendengar namanya. Tak terbayang pedasnya macam mana :)

    ReplyDelete