Perut stres pada hari raya

Assalamualaikum w.b.t

Raya|Makanan berlebihan, kurang serat, kurang air punca sakit perut

makan berlebihan kurang serat kurang air punca sakit perut
Hari raya semakin sampai ke penghujungnya, akan tetapi acara rumah terbuka sempena hari raya masih berjalan. Banyak tempat dan undangan perlu di hadiri, tambahan pula kalau majlis itu rakan baik yang anjur,haruslah kita pergi untuk memeriahkan lagi majlis.

Akan tetapi,ramai yang tidak sedar ataupun telah sedar termasuk khaty apabila kita makan terlalu banyak, ianya akan menimbulkan suatu keadaan yang tidak selesa iaitu SAKIT PERUT..kalau khaty memang dan siap sedia dengan pil chi kit teck aun untuk mencegah serangan kecil di dalam perut..

Bayangkan setelah berpuasa selama sebulan, tiba-tiba sahaja anda makan dengan banyak. Lebih teruk lagi, kurang mengambil serat dan minum air putih. Akibatnya, perut menjadi stres.
 Lupa atau tidak berdaya melawan nafsu, ramai yang tewas apabila masuknya bulan Syawal. Hidangan seperti ketupat, lemang, rendang, lodeh dan aneka kuih muih tradisi, semuanya ‘ditelan’ tanpa memikirkan bahaya pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan minyak yang tinggi.
Makan berlebihan akan membuatkan tubuh cepat terasa letih kerana kadar gula dalam darah akan melonjak yang kemudiannya mengeluarkan hormon insulin secara berlebihan yang bertugas membawa gula darah ke seluruh jaringan tubuh yang akan diubah menjadi glikogen.
Glikogen atau lemak yang terhasil akan berlebihan sekiranya makan terlalu banyak menyebabkan sukar diuraikan menjadi gula darah semula lalu badan menjadi lemah.

Gejala seperti mengantuk, gelisah, jantung berdegup kencang merupakan petanda seseorang telah makan berlebihan dan terlalu kerap mengambil hidangan.
Menurut Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri
 Jadi,jangan lupa untuk minum air putih dalam kuantiti yang sepatutnya.

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

4 komen:

  1. Memang terdera perut masa raya kan hihihi

    ReplyDelete
  2. andai perut boleh bercakap, tentu meraung dia.. semua disumbatnya..hehehe

    ReplyDelete
  3. makan mcm2 tu yg makanan bergaduh dalam perut..heheheh

    ReplyDelete
  4. raya ke tiga ritu dah sakit perut..adehhh.. sampai rasa dehidrate je..

    ReplyDelete