lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 17 August 2015

Tekan tubi menggunakan bola

Assalamualaikum w.b.t

Tekan tubi


http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tekan-tubi-menggunakan-bola.html
 Sebenar nya ada pelbagai cara dan bentuk senaman yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Tidak kira anda sedang berlari, berjalan, bersukan atau sedang berbaring boleh sahaja untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Salah satu cara bersenam yang boleh kita buat di dalam rumah dan tidak memerlukan ruang yang luas adalah seperti tekan tubi. Nak bagi kelainan dan penambahan bebanan pada aktiviti tekan tubi, boleh lah juga menggunakan bola kesihatan. Sesiapa yang dapat melakukan aktiviti ini dengan mudah memang khaty ucapkan tahniah kerana anda hebat.

Cara-cara:
1) Mulakan dengan menurunkan badan seperti posisi plank.
2) Letakkan sebelah tangan di atas bola perubatan manakala sebelah tangan lagi di atas lantai.
3) Pastikan badan dan kaki tegak pada paras lengan tangan yang berada di lantai dan badan tidak mececah lantai. Posisi tekan tubi biasa.
4) Tolak badan ke atas dengan dua-dua tangan.
5) Turunkan badan kembali pada posisi asal. Ulangi langkah untuk beberapa pusingan.
6) Bagi sudah mahir boleh melakukannya dengan menukarkan tangan di atas bola. Di mana sambil melambungkan badan ke atas tanpa tangan mencecah lantai, tolak bola ke tangan sebelah dan mendarat seperti posisi awal dalam keadaan bola ditangan sebelah lagi.
Sumber dari FITNESS FIRST

Amalkan gaya hidup yang sihat supaya kita sentiasa boleh bersama dengan orang yang kita sayang hingga ke akhir nyawa. Bersenam bukan paksaan , hanyalah aktivit sampingan untuk kegembiraan tubuh badan kita.

Luahkan apa saja,yang penting enjoy. 

5 comments:

  1. tq for sharing..leh cuba kat umah ni..

    ReplyDelete
  2. Nanti bersenam boleh try ni. Heheh

    ReplyDelete
  3. dulu masa kecik2 kalau time senam, cikgu tak kasi org pompuan buat ni..tak de anak katanya nanti..tp sebenarnya okey je

    ReplyDelete
  4. dulu masa kecik2 kalau time senam, cikgu tak kasi org pompuan buat ni..tak de anak katanya nanti..tp sebenarnya okey je

    ReplyDelete
  5. waa..nk angkat badan pon tak larat skrg ni..hehe

    ReplyDelete