lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 19 August 2015

Tonsil dan Tonsilitis

Assalamualaikum w.b.t

Perbezaan Tonsil dan Tonsilitis




http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tonsil-dan-tonsilitis.html
Semua orang pasti mengetahui atau pernah mendengar pasal tonsil. Tetapi tidak semua orang tahu, apa kesan tonsil kepada kita serta mengapa mereka perlu dibuang. Merujuk kepada fakta-fakta yang ada, ia boleh membantu mengurangkan kebimbangan para ibu bapa dan anak-anak untuk  menghadapinya.

Disebabkan anak khaty yang kedua kerap sangat dijangkiti selsema ,demam dan panas yang tinggi,akhirnya apabila doktor telah membuat pemeriksaan yang teliti,maka sebulat suara doktor mengatakan fahim mengalami pembengkakan tonsil. Sebenarnya khaty bukan faham sangat apa itu tonsil, tetapi apabila di terangkan oleh doktor, barulah faham sedikit-sedikit.

Apa itu Tonsil?

Tonsil merupakan 2 nodus limfa yang ada di dalam mulut kita semua, di bahagian belakang tekak. Ianya berfungsi untuk menghalang pembiakan bakteria dalam tubuh badan kita. Akan tetapi apabila tonsil ini sendiri dijangkiti kuman yang di panggil tonsilitis,maka pembengkakan dan kesan kemerah-merahan akan jelas kelihatan . oleh itu, jika anda semua sedar atau tidak,sewaktu kita buat pemeriksaan dengan doktor, mesti doktor meminta kita untuk membuka mulut untuk melihat samada tonsil kita bengkak atau kemerah-merahan.

Tonsilitis

Simptom tonsilitis paling ketara adalah gatal, pedih, sakit tekat dan demam. Ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa memilih peringkat umur dan jantina. Sebenarnya tonsil ini tidak merbahaya kerana,apabila sistem badan kita sihat dan aktif,tonsil akan reda dalam beberapa hari berikutnya. Tetapi apabila kita sering diserang tonsilitis,ini menunjukkan sistem imunisasi di dalam badan kita sangat lemah. Sebab itu asyik sakit sahaja.

Punca Tonsil dan Tonsilitis

Tonsil mungkin membengkak apabila mereka dijangkiti (tonsillitis). Jika anda melihat ke dalam kerongkong anak anda dengan lampu suluh, tonsil akan kelihatan merah dan bengkak atau mempunyai salutan putih atau kuning pada mereka. Gejala-gejala lain tonsillitis boleh termasuk:
  • sakit tekak 
  • tonsil yang membengkak dan merah
  • sakit atau tidak selesa apabila menelan
  • di sertai demam jika badan tidak tahan sakit
  • batuk
  • sakit kepala
  • mengigil ( sebab badan sakit dan tidak selesa )

Simptom apabila tonsil dan tonsilitis semakin kronik  

  • turun berat badan
  • sakit perut
  • muntah 
  • bengkak kelenjar (nodus limfa) di leher
  • semakin sukar menelan makanan dan minuman
  • keluar tompok putih atau kuning atau putih pada tonsil
  • suara bertukar
  • hilang selera makan
  • nafas berbau
  • sukar membuka mulut
Jika dilihat simptom-simptom di atas,sangat senang untuk terjadi pada diri kita. Jadi di harap kita semua dapat menjaga diri sebaik yang mungkin. Selepas ini khaty akan kongsikan beberapa cara mudah untuk merawat tonsil ini. Itu mengikut yang khaty pernah buat. WALLAHUALAM

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

8 comments:

  1. Info yg berguna..ruby penah kena tiroid.. dan operate 2x

    ReplyDelete
  2. tq for sharing..info yang bagus..

    ReplyDelete
  3. Good info!! Husband sy ad tonsil ni..tp x serius la
    Pls follw my blog ya..tq
    faranina89@blogspot.com

    ReplyDelete
  4. dua2 pun KG pernah kena...sakit

    ReplyDelete
  5. aida ada tonsilitis.
    dari kecik.
    3 kali pernah kena kronik, telan ari liur pun x boleh.
    has been adviced utk operate buang tonsil.
    still tak buat... takut!!!! hilang anak tekak i hu hu hu...

    ReplyDelete