lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 13 August 2015

Tudung bawal airbrush

Assalamualaikum w.b.t

Hijab| Bawal Airbush

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tudung-bawal-airbrush.html
http://khatyaiman.blogspot.com/2015/08/tudung-bawal-airbrush.html


Sekali sebut macam bunyi seakan-akan flight,akan tetapi sebenarnya jenis tudung yang sedang menjadi ikutan masa kini. Kepada peminat-peminat tudung bawal termasuklah khaty,boleh mencuba corak yang seperti airbush ini,sangat simple dan menarik..bukan lah tujuan hendak promosi,cuma untuk berkongsi..ahaks

TEKNIK airbrush merupakan satu kerja kreatif seni halus yang semakin berkembang penggunaannya hari ini.

Sebelum ini, teknik airbrush sering digunakan dan popular dalam bidang lukisan serta ‘solekan’ pada kereta, sebelum beralih kepada bidang solekan wajah.
Terkini teknik airbrush telah diguna pakai dalam menghasilkan corak-corak yang menarik pada tudung bawal.
Menurut pemilik jenama CitrAida, Khairul Noormaidah Zali, 30, atau lebih dikenali sebagai Aida, dia mula menyedari teknik airbrush boleh diaplikasi pada tudung apabila melayari internet untuk melihat corak-corak abstrak yang boleh dicetak pada tudung.
Bermula dari itulah, dia membuat kajian serta mencari pengusaha yang boleh merealisasikan impiannya untuk menghasilkan rekaan corak tudung bawal mengguna teknik airbrush.
“Di CitrAida, kami menawarkan pelbagai jenis corak dan warna untuk tudung bawal airbrush kepada para pelanggan di mana fabrik ini memang jenis sejuk dan mudah dibentuk.
“Pada masa yang sama, kami merupakan orang yang pertama membawa serta memperkenalkan teknik airbrush pada tudung bawal sejak tiga tahun yang lalu.
“Kelebihan serta keistimewaan teknik airbrush yang digunakan dihasilkan secara manual (tangan) dan tiada langsung penggunaan mesin,” ujar anak kelahiran Kuantan, Pahang, ini.
Disebabkan itulah Aida menjelaskan, kesemua corak yang ada tidak sama dan berbeza dari sehelai tudung dengan tudung yang lain.
Menjelaskan hanya menawarkan fabrik yang berkualiti (gred A) kepada para pelanggannya, Aida memberitahu, tudung bawal airbrush satu fenomena baharu yang cuba diterokainya dalam dunia fesyen berhijab.
Turut memberi pelbagai pilihan warna serta corak menarik kepada para pelanggan, bawal airburush CitrAida sememangnya tudung trend terkini yang diimport dan berada di pasaran hari ini.
Cuba menampilkan medium terbaharu kepada muslimah yang ingin bergaya dengan hijab moden, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, hasil yang diaplikasi pada tudung bawal bukan sahaja nampak cantik tetapi nampak segar dan berseni apabila digayakan.
Teknik ini memerlukan sentuhan tangan yang mahir dan penghasilannya perlu melalui banyak peringkat.
Sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua, tudung bawal airbrush juga boleh dipakai dengan pelbagai gaya yang menarik.
Lazimnya, golongan remaja serta pertengahan umur gemar untuk menggayakan jenis tudung bawal ini bahkan mudah dan boleh dipadankan dengan apa jua jenis fesyen baju yang dipakai.
Menggunakan kain tudung bawal berbentuk empat segi, Aida memberitahu dia menggunakan kain bawal yang bidangnya 60 inci dan ini memudahkan sesiapa sahaja yang inginkan tudung yang lebar dan labuhKredit Utusan

Sesiapa sahaja boleh berjaya,jika ada kemahuan pasti ada jalan untuk berjaya. 

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

1 comment:

  1. Cantik pula teknik airbrush pada tudung ni :)

    ReplyDelete