lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 7 September 2015

Air tangan isteri pengikat cinta suami

Assalamualaikum w.b.t

Penangan air tangan isteri untuk suami

 

Kata orang tua-tua, hendak pikat suami pikat lah perutnya dahulu.. Betul kah ini, bukan apa, melihatkan keadaan adik khaty yang mana isteri nya rajin betul masak, dah lain macam pula perut dia. E. suami kita masih maintain dari remaja hingga sekarang. Khaty saja yang semakin hari semakin comel sangat. Nak buat macam mana, penyakit M untuk bersenam tidak mahu berpisah. Asyik melekat sahaja.

Khaty bukan lah seorang yang pandai dalam bidang masakan, tetapi ada satu yang paling khaty pand sekarang dan menjadi kegemaran e.suami adalah membuat air kopi yang pekat melikat. Kopi pun cerewt juga, hendakkan kopi CAP GANTANG sahaja. Kalau terbeli kopi yang lain, maka murka la dia pada hari itu...

Banyak perkara yang diperkatakan apabila menyebut hal suami dan isteri. Bagi khaty, jika anda pandai memasak memang bertuah lah si suami, jika anda seperti khaty yang suam-suam kuku dalam bidang memasak, maka carilah satu alternatif untuk membuatkan si saumi tidak boleh duduk senang jika tidak mendapat nya satu hari. Air kopi lah kan.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami

Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami

Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami

Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami

Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami

Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak

Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan

Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Khaty ingin mendapatkan lebih ganjaran pahala sementara masih bernafas di dunia ini, anda bagaimana.
Luahkan apa saja,yang penting enjoy

5 comments:

  1. bestnya kalau ada suami...eh..eh...hehehehehe...soon...ok soon..

    ReplyDelete
  2. apa-apa nak buat untuk suami semuanya mendapat pahala kan. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhh mai secawan kopi nak rasa dulu.... he he he

    ReplyDelete