lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Sunday, 27 September 2015

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Assalamualaikum w.b.t

BAHAGIA ITU SEDERHANA

BAHAGIA ITU SEDERHANA


 
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih mempunyai keluarga

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih mempunyai suami

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih mempunyai mak ayah

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup

Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih boleh mendengar

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bermaksud aku masih hidup

Akhirnya banyak hal yang patut kita syukuri setiap hari

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan walaupun tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun

Ayuh kita bersama-sama mencuba untuk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya
WALLHUALAM

4 comments:

  1. Benar... kita sepatutnya bersyukur dengan apa jua yang kita buat dan apa yg kita ada... insyaAllah kita tidak lagi mengeluh...

    ReplyDelete
  2. sungguh!Alhamdullah a'la kulli haal..kadang2, kita ni alpa..
    ...singgah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Syukur seadanya.

    ReplyDelete