lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 18 September 2015

Bayaran BRIM dipercepat sempena AidilAdha


Assalamualaikum w.b.t

Pembayaran BR1M dipercepat sempena Aidiladha
18 September 2015 2:11 PM
PUTRAJAYA 18 Sept. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat akhir yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan dipercepatkan pada Isnin ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurutnya, kerajaan bersetuju pembayaran tersebut dipercepatkan berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari lalu manakala peringkat kedua pada 28 Mei lalu.

Ahmad Husni berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Katanya, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran. - UTUSAN ONLINE


4 comments:

  1. Huhu raya sakan ler penerima BR1M! hehe

    ReplyDelete
  2. ehem ehem khaty belanja kak ana ye hihi :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, untunglah penerima Brim =)

    ReplyDelete