lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 3 September 2015

Jerubu semakin meningkat

Assalamualaikum w.b.t

Dua belas kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 

jerubu di malaysia

Situasi jerubu semakin meningkat dari hari ke hari. Utusan malaysia telah memberitahu bahawa terdapat 12 kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 9 pagi ini.

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Dua belas kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di dua kawasan di Kedah iaitu Alor Setar dengan bacaan 118 dan Bakar Arang (Sungai Petani) 105.

Selain itu, bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (105); Perak merangkumi Kampung Air Putih, Taiping (104), SK Jalan Pegoh, Ipoh (104) dan Seri Manjung (105); Kangar, Perlis (106); dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (101). 

Situasi sama turut dikesan di Selangor meliputi Banting (102), Pelabuhan Klang (109), Shah Alam (108) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (113).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Jadi anda semua di harap mengambil tindakan yang bijak jika mengalami keadaan tersebut. Pakai la topeng muka untuk mengelak dari udara yang tidak sihat. Semoga kita akan terhindar dari keadaan yang tidak sihat ini.

5 comments:

  1. OH... kena jaga kesihatan nih. hehe

    ReplyDelete
  2. tu lah. jerebu perasan jugak kat beberapa tempat teruk.marilah sama2 jaga kesihatan.

    kak khaty syg. kc tag kak di sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/shawl-giveaway-by-melodi-cinta-kita.html :P

    ReplyDelete
  3. hadoi. sungguh x suka gini.
    sian anak2 nak gi skola dari pagi ke ptg :(

    ReplyDelete
  4. Air kene jaga...minum banyak air tau

    ReplyDelete
  5. rasanya macam dah kurang sikit kan jerebu..

    ReplyDelete