lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 24 September 2015

Johor catat IPU tidak sihat

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari ini, keadaan  jerebu yang melanda di Pulau Pinang di rasakan semakin baik. Alhamdulillah dengan hujan yang turun menghujani kita sekaligus mengurangkan jerebu tersebut. Hari ini, Johor pula yang mencatat IPU yang tidak sihat.

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Jerebu di tiga kawasan di Johor bertambah buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 3 petang ini.

Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pasir Gudang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 133, diikuti Larkin Lama (126) dan Kota Tinggi (104).

Selain Johor, bacaan IPU di Balok Baru, Pahang turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 108 berbanding bacaan IPU sederhana 93 yang dicatatkan pada pagi tadi.

Samarahan, Sarawak yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 108 pada pagi tadi berubah kepada bacaan sederhana 93.

Sebanyak 39 kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Indera Mahkota, Pahang (100), Sarikei, Sarawak (89), Kemaman, Terengganu (96), Banting,

Selangor (86), Shah Alam, Selangor (87), Batu Muda, Kuala Lumpur (87), Putrajaya (86) dan Bandaraya Melaka (83).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Kepada anda yang sudah mempunyai rancangan untuk mengadakan aktiviti luar, diharap anda semua mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita berada di dalam keadaan yang sihat. Badan sihat keluarga bahagia.


1 comment: