Kari daging remis bersama kulat sisir

Assalamualaikum w.b.t

Resepi kari daging remis bersama kulat sisir



Bahan-bahannya:-

1/2 kg daging remis
3  bungkus serbuk Kari
1 biji besar bawang merah
2 ulas bawang putih
3 beradik (jintan manis,putih dan bunga lawang)
Daun Kari
3 sudu Kerisik (Rujuk sini untuk membuat kerisik)
1 mangkuk besar Kulat sisir
1 mangkuk Santan
Garam
Minyak

Caranya:-

Tumis bawang,3 beradik dan daun Kari sehingga layu
Masukkan serbuk Kari masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging  dan kulat sisir,biar sehingga 10-15 minit
Masukkan kerisik
Masukkan santan,biar hingga mendidik
Masukkan garam secukup rasa
Angkat  dan siap untuk di makan

Selamat mencuba


4 komen:

  1. Ya Allah, sedapnya Khaty! Ni lawan pula dengan sambal belacan dan ikan masin. Terangkatttt! :)

    ReplyDelete
  2. Kulat sisir tu lama tak makan...

    ReplyDelete
  3. khaty nampak kat lemak daging tu cayaq aiihhh :) sedapnya

    ReplyDelete
  4. Remis & kulat sisir tu macam mana rupa dia? First time dengar. Tapi gambar tu, nampak sedap gilaa. Plus lelemak kat daging tu, even tak tau remis tu ape, hehe.

    ReplyDelete