Menjamu selera bersama si comel

Assalamualaikum w.b.t

Kucing comel di Coffee Cottage Cat Cafe



Pernah tak anda teringin sangat nak pergi makan di suatu tempat yang mana ada menempatkan banyak si comel gebu gebas di dalamnya. Mesti seronok kan..Sekarang anda tidak perlu berangan lagi kerana, jika anda ingin merasai keadaan itu, anda boleh la ke Coffe Cottage Cat Cafe di SS15 Subang Jaya. Konsep yang ideal dan unik merupakan tarikan utama kepada orang ramai untuk berkunjung ke sesebuah kafe. Di negara kita, perniagaan kafe dengan idea baharu dan unik semakin banyak diwujudkan untuk memberi lebih pilihan kepada orang ramai.
Pengusahanya, Ryan Leong Kwong, memberitahu perusahaan kafe kucing ini merupakan buah fikiran yang tercipta semasa rangka lawatannya ke negara matahari terbit beberapa tahun lalu. Katanya, dia cukup tertarik dengan konsep tersebut yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Jepun.
“Semasa berkunjung ke sebuah kafe kucing di Jepun, saya amat tertarik dengan suasananya yang membolehkan pelanggan bermesra dengan kucing-kucing yang ditempatkan di situ sambil menjamu selera. Sebagai penggemar kucing, idea tersebut cukup mengujakan.
“Sekembalinya ke Malaysia, saya terus berjumpa rakan kongsi perniagaan untuk berbincang bagi mewujudkan kafe seumpama itu di sekitar ibu kota. Ternyata, idea tersebut diterima baik dan cukup ideal.
“Dengan kemahiran dan pengalaman yang saya ada dalam mengendalikan perniagaan haiwan peliharaan selama 10 tahun, saya bawakan idea ini dan gabungkan dengan kebolehan rakan kongsi saya yang sememangnya arif dalam bisnes makanan dan minuman,” katanya. Sumber UTUSAN
 Antara menu yang dihidangkan di kafe itu adalah spageti, lasagna, sup dan croissant Perancis serta banyak lagi.

Jadi, kepada anda yang berdekatan atau teringin nak merasai suasana sedemikian,pergilah kerana mungkin ada sesuatu yang akan menggembirakan anda di sana. Khaty memang peminat kucing, tetapi simpan angan-angan nak pergi ke cafe itu suatu hari nanti..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

0 komen:

Post a Comment