lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 8 September 2015

Pengorbanan mereka hingga ke akhir hayat

Assalamualaikum w.b.t

Jasa ibu Dan bapaku yang tiada ternilai


Sedang asyik bermain wassup bersama group family, maka macam-macam la isu yang di bincangkan. Paling hangat adalah kami semua berpakat untuk menjadi sponsor bg nelancarkan majlis perkahwinan Adik yg ke 6 pada mei tahun hadapan.

Biasalah karenah adik beradik,kalau tidak ada yang menongkah arus,bukan adik beradik namanya. Pantang sungguh bila suruh tak buat,tapi cakap terlebih sudah. Adik yg ke 5 memang suka bergurau tapi agak halus lah.
Bukan bukan hendak menunjukkan siapa hebat,tetapi lebih kepada perasan teruja untuk menjayakan majlis tersebut. Si pengantin tersenyum sahaja sebab beruntung ada ramai kakak dan abang yg sudah bekerjaya.

Apabila saling memberi pendapat,adik yg ke 2 telah membuat adik yang ke 5 yang banyak cakap membuka mata sedikit mengenai perasaan orang tua kami..

Aku cakap kat dia.. simpan je la duit kwsp..ada lagi velu carum kat dia 5tahun Dia kata kat aku mcm ni.. hang kalau jadi bapak hang tau la macamana kalau ada anak2 nak kawen..sayang anak-anak
Secara tiba-tiba kami yang sedang berwassup menangis berjamaah walau pun berada di berlainan tempat. Perngorbanan bapak dengan mak memang tiada galang ganti dan nilainya berada di tempat yang paling tinggi. Ini pun sedang menulis entry mata tiba- tiba masuk habuk. Sapu sekejap air mata yang hampir jatuh ke pipi. Saya sayang kedua ibu bapa saya hingga ke akhir hayat.

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

No comments:

Post a Comment