Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan

Assalamualaikum w.b.t

 Permohonan ke Tingkatan 1

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR semoga anda telah bersedia dengan persiapan akhir sebelum masuk ke dalam dewan. Jawab peperiksaan macam pergi perang tau sebab mengejar masa dan memikirkan jawapan. Itu yang terjadi kepada khaty semasa menduduki peperiksaan 20 tahun yang lalu. Tapi paling seronok selepas habis peperiksaan, satu kelas terus pergi main dekat rumah kawan yang ada pohon besar, semua berkumpul di situ kiranya meraikan kemerdekaan setelah tamat menjawab peperiksaan. Kan dah cakap macam peperangan kan.

Pada masa sekarang, banyak kemudahan untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran. Pendek kata semua kena celik IT, baru boleh melangkah lebih maju dan seiring dengan peredaran masa.Kepada waris yang berkaitan, boleh la ke laman sesawang tersebut untuk mendaftarkan anak anda.

Sekolah Kawalan ( SEK BERASRAMA PENUH, KGV, SEK MEN AGAMA NEGERI, KELAS ALIRAN AGAMA, KELAS RANCANGAN KHAS ) telah dibuka atas talian.         http://www.moe.gov.my/

Ibu bapa boleh mula membuat permohonan.
Id dan katalaluan ibu bapa kena buat sendiri.
Perhatian kepada sesiapa yang mempunyai anak atau sedara mara tahun 6


1 komen: