lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 23 September 2015

Persiapan secara sederhana

Assalamualaikum w.b.t 

Persiapan Hari Raya Aidiladha secara sederhana




Hari raya haji @ aidiladha semakin hampir. Tetapi khaty masih lagi bekerja. Tiada sebarang persiapan menyambut raya kah? Sebenarnya ada, semalam lagi dah buat secara sikit-sikit. Khaty lebih kepada pertolongan tenaga dan kewangan. 

Tengoklah kelongsong ketupat dah siap, cuma tinggal nak isi beras dan rebus sahaja. Khaty juga ada meminta pertolongan nenek untuk membuat ketupat pulut. Memang ketupat yang nenek buat tiada tandingannya. Sedap sangat.

Apa persiapan anda untuk hari raya haji tahun ini. Adakah biasa-biasa atau lebih dari biasa. Walau apa pun yang anda lakukan, semoga anda semua gembira.

Perkara sunat yang dilakukan di pagi Raya Aidil Adha

  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Takbir

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hikmah Aidiladha

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
 Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga perjalanan anda akan dilindungi oleh Nya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.


3 comments:

  1. SA pun kat opis lagi Khaty..transfer duit je kat mak..suh mak beli apa yang patut

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Adha buat kahty sekeluarga dari kak ana :)

    ReplyDelete
  3. Sy pun sambut biasa-biasa saja...

    ReplyDelete