Pucuk muda yang sangat sedap

Assalamualaikum w.b.t


Pucuk janggus segar dari ladang


Sedapnya ketika menjamu selera pada hujung minggu yang lalu kerana, khaty dah terlebih rajin pergi memetik sendiri pucuk janggus yang ada di jalan masuk kerumah khaty. Bertambah pula selera apabila ulam-ulaman menjadi penambah selera. 

Pokok nya tidak lah besar sangat,akan tetapi pucuk nya memang sentiasa ada. Cuma sempat atau tidak sahaja untuk mendapatkannya. Kira kena berebut juga dengan jiran yang lalu lalang datang ke rumah khaty. Kebetulan semalam memang mungkin rezeki khaty, dengan tamaknya dan rakusnya khaty telah memetik pucuk muda tersebut. Sekali dengan e.suami khaty suruh sebab yang tinggi memang la kena panggil orang yang tinggi kan. Khaty ala-ala comel gitu.

Ini baru segar dari ladang. Beruntungnya bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung. Nanti nak cari pucuk lain pula. Seronok sekali sekala pergi petik ulam, badan sihat makan pun pun secara sihat. Kata orang pucuk janggus ini banyak kelebihannya, memang pasti dan apa yang khaty fikir logik pasal ulam adalah, selagi ianya tumbuh liar di kawasannya, tanpa ada racun serangga, selagi itulah tumbuhan itu sangat sihat. Kalau anda suka makan laksa, tambah lah pucuk janggus muda ini bagi melemakkan lagi rasa laksa itu.

Luahkan apa saja, yang penting enjoy

5 komen:

  1. http://madey09.blogspot.my/
    kenalkan blog ya.. boleh pula makan ya pokok ni...ada tak biji benihnya ni hehehe..

    ReplyDelete
  2. ni memang ulam fav aku ni ... sedap tu ....

    ReplyDelete
  3. SA x pernah makan lagi pucuk jagus ni...sedap eh?

    ReplyDelete
  4. Khaty nakkkkk pos sikit kat Bonde...

    ReplyDelete
  5. ingatkan cerita pasal saya tadi

    ReplyDelete