lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 28 September 2015

Resepi mudah membuat tapai

Assalamualaikum w.b.t 

Resepi mudah membuat tapai  memikat hati tetamu di majlis perkahwinan



Setiap kali menghadiri jemputan majlis perkahwinan, sudah pasti kita akan menanti manisan yang yang di sediakan. mat saleh kata dessert. Lain tempat lain menunya. Akan tetapi apabila jejak kaki ke perkampungan biras, memang seronok. Suasana dan kemeriahannya masih ada sehingga sekarang. Amalan gotong-royong yang masih di teruskan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di antara penduduk kampung tersebut.

Salah satu dessert yang sangat sedap di situ adalah TAPAI. Bukan lah peminat tegar tapai, tetapi sesekali tapai itu memenuhi mulut pasti terukir senyuman kepuasan akan rasa tapai tersebut. Sedap memang sedap.


Kata orang nak buat tapai senang sahaja, tetapi macam banyak sangat pantang larangnya. Sejauh mana kebenaran itu, hanya yang si pembuat tapai sahaja yang tahu. Bekas acuan tapai juga pelbagai, ada yang guna bekas plastik, daun getah dan juga daun pisang. Ada lagi tak bekas lain selain yang khaty sebut. Sempat juga khaty bertanya kepada biras macam mana nak menghasilkan tapai yang sebegini rupa. 


Bahan-bahnnya

1 kg pulut biasa
1/2 biji ragi

Cara-caranya:-

Basuh pulut dan masak seperti kita memasak nasi
setelah masak, angkat dan sejukkan di atas bekas leper contohnya talam
Hancur kan ragi sehingga halus.
Taburkan serbuk ragi ke atas pulut yang telah di sejukkan
Gaul pulut dan ragi menggunakan senduk
Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas yang telah di sediakan
Kemudian simpan di dalam bekas selama 24 jam 
Setelah sampai 24 jam di simpan, boleh la hidangkan tapai kepada tetamu yang hadir.
 
Senang kan nak buat. Tetapi satu sahaja yang khaty rasa cara yang paling berkesan untuk membuatkan tapai itu sedap. Buat dengan hati yang ikhlas dan gembira serta tawakkal kepada Allah s.w.t insyaAllah pasti anda akan berjaya. Kalau tidak berjaya juga, beli saja lah dekat sesiapa yang menjual petai. hehehe...Semoga berjaya..

2 comments:

  1. salam pagi...
    nieyl xpernah makan pun tapai nie...:)
    penah nak cuba tapi x boleh...mak ngan husband suka laaaa...

    ReplyDelete
  2. Dulu suka makan tapai...sekarang macam x leh terima sebab manis kot...tapi SA rindukan tapai zaman dulu2 yang di bungkus dengan daun keladi...sekarang ntah mana nak dapat kan?

    ReplyDelete