Resepi ringkas nasi goreng adabi untuk memikat suami

Assalamuaalaikum w.b.t

Resepi ringkas nasi goreng adabi berlaukkan ikan kering bersama kopi o kaww untuk memikat suami

Resepi ringkas nasi goreng adabi berlaukkan ikan kering bersama kopi o kaww untuk memikat suami

 
Memasak buat orang yang tersayang seharusnya menjadi perkara yang paling indah dan sangat menyenangkan bagi seorang wanita kerana apabila hati anda gembira, maka perasaan itu akan terlihat kepada masakan yang anda hasilkan. Ianya akan lebih nampak sedap dan menyelerakan.

Semua pasangan mempunyai kegemaran mereka yang tersendiri. Ada yang suka makan di kedai, di rumah ibu atau masak sendiri. Tetapi sebagai seorang wanita, anda perlu bijak untuk memikat hati pasangan dengan melakukan sesuatu yang rutin tetepi yang di tunggu oleh pasangan. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli barangan yang mahal, akan tetapi gunalah bahan yang ada dan corakkan ia menjadi sesuatu yang luar biasa.

Bagi e.suami khaty, makanan yang amat ringkas, mudah cepat dan sedap. Nasi goreng adabi,ikan masin dan air kopi o kawww. Memang betul-betul selera kampung e.suami ku ini. Tetapi hidangan ini lah yang kerap kali di minta apabila hendak menjamu selera. Memang satu set itu sentiasa ada semasa kami menjamu selera. Tambah sikit dengan sambal belacan, pastinya anda akan makan tanpa menghiraukan mereka yang ada.

Resepi yang mudah

Mula-mula ambil semangkuk nasi yang agak-agak boleh dihidang untuk 4 orang. Ambil perencah nasi goreng adabi adabi yang peling penting. Hiriskan bawang dan boleh memulaka kan masak. Tumis bawang sampai layu, kemudian masukkan perencah nasi goreng adabi. Tumis seketika dan kemudian masukkan nasi. Untungnya menggunakan perencah nasi gorang adabi ini adalah anda tidak perlu menambah garam kerana iaanya sudah dicampurkan sekali di dalam perencah itu. Jadi anda perlu memasukkan jumlah nasi yang cukup untuk mendapatkan rasa yang enak. Goreng dan goreng lagi nasi itu, dan sambil mulut itu berselawat untuk mendapatkan keberkatanNya.Dah siap boleh angkat

Untuk menjadikan selera anda bertambah goreng ikan masin belah belakang yang agak nipis dan bersaiz sederhana sahaja bersama hirisan bawang dan juga cili padi. Goreng sehingga garing dan boleh angkat. Siap semua boleh di hidangkan bersama KOPI yang amat di gemari oleh e.suami khaty. Kalau rajin tumbuk sikit sambal belacan untuk pastikan e.suami makan bertambah-tambah. Senang kan.

Untuk membuatkan orang yang tersayang sentiasa sayang dan dekat selalu, buat lah sesuatu yang di sukai dan paling penting biar senang dan mudah di lakukan agar anda tidak stress.  Selamat mencuba


 Luahkan apa saja, yang penting enjoy

3 komen:

  1. Lama juga tak masak nasi gireng guna perench tu.. Duu suka gak guna.. Sekarang nasi goreng wran putih je...

    ReplyDelete
  2. ape2 pun janji rajin kan ... ikut selera masing2

    ReplyDelete