lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Saturday, 19 September 2015

Rezeki selepas hujan

Assalamualaikum w.b.t

Kulat sisir yang semakin bercambah selepas hujan



Hai semua..Selamat berhujung minggu. Seronok kan apabila hujan sudah mulai membasih bumi yang seakan sesak dengan keadaan jerebu. Akan tetapi, ada berita yang lebih menggembirakan buat penduduk luar bandar kerana, apabila hujan berselang panas, akan membuatkan ramai yang sangat teruja untuk masuk ke hutan mengutip kulat sisir.

Baru-baru ini, biras khaty telah berjaya mengutip kulat sisir tanpa persaingan rakan-rakan yang lain kerana biras amat cepat, pantas dan tuntas pergi ke tempat yang mana banyak kulat sisir ini hidup. Keterujaan merasuk diri sehingga biras khaty tidak sedar sampai begitu banyak dia kutip. Memang tabik lah dekat biras kalau bab-bab kutip hasil dari dalam hutan.

Kepada sesiapa yang berdekatan dengan kawasan yang banyak pokok getah yang tumbang, boleh la jenguk-jenguk mana tahu ada kulat sisir yang boleh di kutip. Kalau orang yang jual kat pekan macam sikit kan, macam tak cukup. Jadi bertuah nya khaty sebab ada biras yang sangat rajin dan pandai kutip kulat sisir ini.

Luahkan apa saja, yang penting enjoy

1 comment: