Semuanya kerana bola

Assalamualaikum w.b.t

Pasal bola, apa pun boleh terjadi



Sebenarnya seronok tengok mereka yang amat meminati bola sepak. Apatah lagi kalau anda sudah berumahtangga dan pasangan anda juga peminat fanatik bola sepak tetapi berlainan kelab. Haru jadi nya apabila kelab masing-masing berjumpa di satu padang.Ada yang sanggup bermasam muka tak apabila pihak lawan menang dengan pasangan anda. Pasti sering berlaku kan di dalam rumah. Tidak mengapa, rasanya ianya juga dapat membantu menceriakan rumah tangga anda.

Cuba tengok pasangan omputeh ini, siap ada pemisah warna dan corak lagi dalam rumah. Mujur ada kembar yang comel, jadi boleh la ambil seorang satu anak. Comel pula anak mereka.
Birmingham: Cinta bolasepak membuatkan dalaman tempat tinggal dihias mengikut warna gelanggang tuan rumah kelab diminati.
Itulah dilakukan John Goodfellow dan Yasmin Romane menjelang pertembungan pusingan ketiga Piala Liga menemukan Aston Villa dan Birmingham City di Villa Park awal pagi Rabu.

John peminat tegar Villa sementara isterinya menyokong Blues.
Pasangan terbabit mengikuti derby dua kelab itu sejak lapan tahun lalu sebelum berkahwin pada 2012.

Lebih menarik anak kembar perempuan pasangan itu Sophia dan Sienna turut memakai jersi kelab disokong ibu bapa mereka.
Yasmin berkata: “Kami tidak bertentang mata apabila dua pasukan ini bertembung. Perlawanan derby begitu bermakna buat kami. Untuk 90 minit di Villa Park kami bermusuhan seketika.” - Mirror sumber HM

 Mujur khaty bukan peminat fanatik, sekadar menjadi peneman e.suami jika ada perlawanan yang hendak di tonton. Bukan apa, tengok bola kalau tidak ada kudap-kudapan pasti ada kurangnnya di situ. Tetapi baru-baru ini terasa semangat sebab kedah menang. ( aik..hehehehe)

Majulah sukan untuk negara

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

2 komen:

  1. Comel je dorang.. ;)
    Pasal bola ai layan je.. tak kisah team mana.. asal sedap mata memandang ok je.. kihkihkih.. (bukan tengok bola tapi pemainnya)

    ReplyDelete